Kalender MUET 2016

Assalamualaikum,

Lama betul tak update story kat sini. Sebuk dengan urusan dunia agaknya...haha. Chuak plak bila dengar kalendar Muet 2016 dah keluar. Dah ready? emmmm...itu yang susahnya. Tambah-tambah belom ada pengalaman dengan exam muet ni. Hai... tawakkal je lah awak...awak...oiiiii. 

Jangan lupa plak tarikh tutup pendaftaran tu. Haa...tarikh tu yang penting dan sediakan duit poket RM100 untuk pendaftaran ok. Jom catat dalam calendar digital masing-masing...hehe.


Syarat Kelayakan dan Tempoh Sah Laku

1. SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI MUET
 
Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.
 
2. TEMPOH SAH LAKU
 
Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Kadar Bayaran Ujian

(a) Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:

Yuran pendaftaran
RM  40.00
Yuran mata pelajaran
RM  60.00
Jumlah
RM100.00
 
Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari www.mesp.gov.my/online.
Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.

(b) Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Slip Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.

Komponen Ujian MUET

Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:

 Kod Kertas
 Nama Kertas
 800/1
 Listening (30 minit)
 800/2
 Speaking (30 minit)
 800/3
 Reading (90 minit)
 800/4
 Writing (90 minit)
 
Maklumat lanjut sila rujuk Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions yang dapat diperoleh melalui Portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

Pelbagai maklumat lagi boleh diperolehi di http://portal.mpm.edu.my/web/guest/home

Apa lagi aku download je format dan contoh soalan di web tersebut untuk rujukan Panduan MUET. Walaweiiii.....susah tak ambik ujian ni sebenarnya? Kalau datang darah gemuruh aku...ke laut dibuatnyaaa....haha.

Ok lah uols....iols nak get ready for Muet. Good luck to everyone and congratulation to anyone who's pass this exam.


....dup dap...dup dap....
post signature

Tip Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N27


Assalamualaikum.

Ramai rakan-rakan kat luar sana mungkin akan menghadapi peperiksaan ini minggu hadapan. Hai, maklumlah buku semua tebal-tebal. Sempat ke nak baca kan? Faham sebab pernah hadapi. Asyik ulang ambil exam yang sama tiap-tiap tahun. Tapi lulusnya tidak. Frust! lepas tu rasa macam tak nak apply dah. Lantaklah.....pernah gak fikir macam tu. Lepas dah lama tu fikir nak ambil balik.....tiba-tiba lulus. Alhamdulillah! semua rezeki dari Allah S.W.T.

Ada gak khabar angin yang tak enak didengar. Kononnya ada kouta untuk lulus exam ni. Ye ke? Aku tak tahu la pulak. Yang penting aku kena usaha lagi. Kalau usaha ciput nak pula kejayaan yang besar....memang tak lah kan. Nak berjaya tapi asyik dengar khabar angin je....mula lah buat andaian. Sama juga masa exam buat andaian sendiri memang gagal lah. Lain soalan tanya, lain jawapan yang bagi.... Cer call JPA ke tanya ...betul ke?

OK makcik....makcik dh mula membebel ni. Please la kan. Tutup kang...haha
 
Siapa yang layak untuk mohon peperiksaan khas ini?
Jawapan : Kakitangan kerajaan yang berjawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17 dan Pembantu Tadbir Kewangan W17 sahaja. Pendidikan tertinggi hanya SPM (Yang ada Diploma tak perlu mohon. Anda boleh mohon jawatan N27 terus dalam SPA8). Mestilah seseorang yang telah sah dalam perkhidmatan, bukan dalam tempoh percubaan. Mohon disini sila klik.

Exam ini hanya diadakan setahun sekali. Jadi pastikan semak & simpan kalendar peperiksaan setiap awal tahun untuk rujukan bila permohonan akan dibuka. 

Kertas peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir ni mengandungi 3 Bahagian, maknanya 3 kertas soalan.
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C

Sebelum exam dapatkan buku-buku yang berkaitan di kedai-kedai buku yang berhampiran dengan anda. Saya sarankan beli buku sendiri jangan pinjam-pinjam, lebih berkatnya nanti. Lepas pinjam jangan lupa bagi balik ye. Pengalaman aku sendiri, terlalu bagi orang pinjam. Last-last tak sampai dah buku tu kat aku. Hai.. nasib orang terlalu baik hatilah katakan. Kat mana boleh beli buku tu? Popular, MPH, Broders, Kinokuniya dan lain-lain. Sebab aper? sebabnya exam paling best, boleh bawa buku masuk dalam dewan. Cer fikir, buku bleh bawa masuk tapi sempat ke nak selak semua laman dan tulis jawapan dalam masa 1 jam.Owh... tidak tak sanggup! Play smart! jom ikut panduan di bawah.

Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N27

Sebelum Peperiksaan. Mulakan sebaik saja apply exam tersebut. Jangan tunggu esok exam, baru nak cari buku ok.
  1. Dapatkan buku rujukan, samaada beli atau pinjam.
  2. Mulakan dengan membaca muka surat Isi kandungan.
  3. Tandakan M/S mengikut tajuk penting dengan gunakan penanda yang warna warni tu.
  4. Jika perlu tulis sedikit pada penanda mengenai tajuk atau perkataan mudah untuk dicari.
  5. Faham dulu isi kandungan betul-betul. Dimana kedudukan jika satu-satu soalan tu ditanya nanti.
  6. Mula membaca sedikit isinya ya. ( Bahagikan masa dengan baik sebelum exam)
  7. Disiplin.....Disiplin....Disiplin.
  8. Sediakan peralatan yang mencukupi untuk exam. Contohnya Pen 3 batang...sebab takut tiba-tiba dakwat habis ke kan. Persediaan awal. Semua soalan subjektif, so kena mengarang gunakan pen sahaja. Dakwat hitam/biru sahaja yang dibenarkan.
Semasa Peperiksaaan
  1. Pastikan tidur awal dan bangun awal.
  2. Periksa semula peralatan yang perlu dibawa. Buku, alat tulis, IC,slip exam(penting).
  3. Keluar lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, tiada tempat letak kenderaan dan sesat jika tempat exam tak pernah kunjungi sebelum ini. 
  4. Masuk dewan dengan kaki kanan dan doa tawakkal.
  5. Pertama sekali bila lihat soalan. Lihat terus isi kandungan dahulu. Fahamkan soalan betul-betul dan dapatkan jawapan pada M/S yang telah di tanda lebih awal. Jadi tidak bazirkan masa untuk mencari2 lagi.
  6. Jangan lupa letakkan rujukan anda diawal jawapan. Contohnya soalan undang undang....Mengikut Perlembagaan persekutuan, Bahagian 1, Perkara 4/seksyen/fasal.. Jawapan anda.......*semua rujukan tersebut mudah didapatkan pada isi kandungan sahaja. Sebab tu lah isi kandungan tu penting.
  7. Selain undang-undang rujukan untuk bahagian A & B boleh juga dimasukkan untuk beri keyakinan pemeriksa terhadap anda. Bahawa rujukan terhadap jawapan yang anda buat itu betul dengan masalah yang perlu dijawab..iaitu soalan.
Selepas Peperiksaan
  1. Doa dan tawakkal.
  2. Jika dah lulus ikut panduan ini. Sila share pengalaman berharga anda..hehe
Good luck...
Semoga berjaya dan lulus exam.
Selepas dapat keputusan.
  • Lulus - Slip keputusan hantar ke HQ untuk direkod dalam buku perkhidmatan. Selepas tu boleh Apply jawatan tersebut dalam SPA8. Temuduga akan diadakan jika ada kekosongan dan permintaan terhadap jawatan tersebut.
  • Gagal - Cuba lagi dan jangan putus asa untuk tahun seterusnya.

Sekian dulu.....
 
post signature

LIRIK KUN ANTA - Humood AlKhudher



Assalamualaikum.
Okey.... in love with this song. Liriknya sangat simple dan sedap didengar. Kalau tahu maknanya lagi menyentuh hati. Ambil kesempatan supaya boleh mendalami bahasa arab. Kun Anta, jadilah diri sendiri. Apa orang lain fikir pasal kita tak penting, yang penting pandangan Allah pada kita. Dia lebih mengetahui, jangan sesekali berburuk sangka.
Seseorang  mempunyai persepsi mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya.
Seseorang mempunyai persepsi mengenai penilaian orang lain terhadap keperibadiannya.
Seseorang mempunyai perasaan terhadap apa yang dirasakannya sebagai penilaian orang lain terhadapnya.
            -  Charles H. Cooley  (Looking glass self)

Kata-kata untuk direnung bersama-sama :D


LIRIK KUN ANTA DALAM RUMI

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir

La la, La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fi qalbi talala, 
La la, Nurdhin nasi bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la 
Oh Wo Oh (6x), Kun anta tazdada jamala (2x) 

Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum, 
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni, 
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana, 
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni, 

La la, La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fi qalbi talala, 
La la, Nurdhin nasi bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la 
Oh Wo Oh (6x) Kun anta tazdada jamala 

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum, 
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum, 
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum, 
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum 

La la, La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fi qalbi talala, 
La la, Nurdhin nasi bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la 
Oh Wo Oh (6x), Kun anta tazdada jamala (2x)



Lirik lagu Kun Anta 

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka

Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga

Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.


La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Tidak..Tidak...
Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik. Permata kita ada di sini, di dalam hati yang bersinar-sinar

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
Tidak..Tidak...
Kita bukan diterima orang lain dengan apa yang tidak ada. Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita. Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia

Kun anta tazdada jamala
كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada

Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka

Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
إلا بما يرضيني، كي أرضيني
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.

Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,
فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku.
Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku

Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yang aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk diterima mereka
post signature

Diary PJJ USM SEM2


Assalamualaukum.



Hi uols......dah habis exam? oH Myyyy...... lagi 2 paper nak habis for this year. Fighting... yup!...still fighting. Masih 11 subjek....gila kan? sendiri pilih...kuikuikui. Sebebnya nak cepat habis. Tapi gred nya xtau lah hancur..haha. Insyaallah bat yang terbaik.
 
Yeah! exam kat tempat baru. Pengalaman baru, Ibu negeri tanah airku. Mula2 kena pindah rumah. Tup2 pastu pindah terus tempat keja. Kelam kabut dibuatnya. Rezeki tahun baru hijrah agaknya. So, akupun berhijrah. Redha dengan ketentuan ilahi. Ayat pasrah, padahal sendiri yg mohon tukar... kuikuikui. Xder pasal cari pasal.

Ada juga yg bertanya. Kenapa nak tukar? Bukan tgh smbg blajar? Kat sini kan senang dekat ngan USM. Bagi aku senang je, nama pon PJJ so kat mana pon bleh belajar. Nk ngan xnak je. Yg penting pengalamn yg aku dpt akan aku share..hehe. Moga bermanfaat...

Tukar alamat di campus online

Perkara pertama aku kena buat tukar alamat. Nanti x sampai plak surat2 penting aku dari USM. Aku muatturun borang pertukaran alamat untuk kali ke2, sebab hari tu dah buat sebab pindah rumah. Lepas isi aku email je <santhi@usm.my>. Esoknya dia reply alamat dah ditukar. Than, aku semak campus online memang dah ditukar. Yeah! Tq dear.


Tukar Tempat exam final?


Serabut pala otak memuncak. Nak tukar ke tak?? nak tukar ke tak? Kalau tak tukar kena mohon penginapan plak kat sana. Sama jgk lecehnya, entah dapat entah tak. Kalau kt sini sah-sah aku dh ada rumah nk duduk. Antara keperluan dan kehendak. Malas nak fikir, aku cari borang pertukaran tempat exam. Tak jumpa-jumpa. Serabutnya kepala! x jumpa borang plak. Memang xnak bagi aku tukar tempat exam la ni ( andaian sendiri). Aku dah malas nak fikir, aku email  <zulfaizal@usm.my> Bahagian peperiksaan tanya pasal borang. Dialah yang layan aku, yang dah tak berapa nak betul ni.  Last2 dia cakap apa? x perlu borang, email je detail sebab masa makin suntuk takut tak sempat. Looo....aku pening cari borang, dia cakap x payah. Penat je aku serabut2 pala otak aku. Lain kali tanya! tanya! haha. Sendiri plak nyesal. Akhirnya urusan dimudahkan. Semua telah selesai bila nengok kat slip peperiksaan dah tukar pusat exam. Alhamdulillah. PW tak tukar sebab tak penting hehe. TQ EN Zulfaizal, sedap nama :D

Excited

Sebab terlalu excited nak ambil exam, aku pegi sehari awal ke pusat exam. Keluar2 rumah nak stat keta, x boleh! Aggggghhh...stress lagi. Bateri habis! bateri kering ok, so kena tukar baru. Bateri cap bosch RM220 seketul. Saiz kecik je, x perlu besar2. Betul ke harga tu? entah2 aku kena tipu. Esok nak exam, janji boleh jalan. Semalam tayar kenan paku, kempis. Hari ni bateri, ok fine dugaan...Astaqfirullahala'zim. Alhamdulillah semuanya dimudahkan, kedai keta blakang umah ja...hehe. Selesai gedebak....gedebuk...tukar bateri, petang baru pegi ke pusat exam nak tengok keadaannya. Esok taklah terkontang kanting baru nak cari tempat. Maklumlah jalan x berapa nak pandai. Follow google map je lah. Google map banyak membantu sepanjang aku disini, termasuk cari pusat wilayah punya kelas video.

Happy!! sebab dapat nengok tempat dudukku untuk esok. Alhamdulillah :)

Jeng...jeng...jeng lagi 2 paper nak habis.. lazy la pulak! Dbusss! 
Ya Allah permudahkanlah segalanya...Amin.
#rinduusmlamaxupdate
#likewarnawarnikehidupan
 
post signature

Rahsia lelaki dan 4 unsur

Assalamualaikum.
Baru-baru ini telah dikongsi rahsia wanita dan empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Tetapi kenapa wanita je? Macam tak adil kan? ngeh...ngeh..ngeh. Jangan risau ada yang cakap kajian telah dibuat mengenai rahsia lelaki ni. Tapi sejauh mana kebenarannya? Allahua'lam. Tak semuanya betul kearan ada unsur-unsur persekitaran lain yang terlibat. Kadang-kadang terfikir, andainya terciptanya manusia terdiri daripada empat unsur tanah, air, api dan angin manakala syaitan hanya diciptakan dari api hanya satu unsur. Betapa hebatnya manusia sebenarnya. Macam mana manusia boleh mudah terjerumus dalam hasutan syaitan yang amat lemah itu? Kuatlah wahai kaum adam dan hawa. Berpeganglah pada yang satu iaitu Allah S.W.T dan kekasihnya Nabi Muhammad S.A.W.
Rahsia lelaki dan 4 unsur :-



No. yang ada ditepi tulisan tanah, air, api dan angin itu adalah kedudukan anda dalam keluarga...dannn...klik je pada pic tu untuk besarkan ye..hehe.
daaaaaaaaaaaaaaaa....sekian.
post signature

Rahsia Wanita dan 4 unsur

Penemuan tentang autonomi tubuh
 
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri dari iaitu tanah, air api dan angin. Keempat-empat unsur itu memberi sifat lembab, sejuk, panas dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat pada alam ini.
 
IBNU SINA. Abu Ali Al-Husain ibn Abdullah ibn Sina adalah nama lengkap beliau. Dia juga dikenali sebagai "Avicenna" oleh masyarakat barat. Dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980M. Dia adalah seorang cerdik pandai yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu. Dialah pembuat ensiklopedia terkemuka dan pakar dalam bidang kedoktoran, matematik, astronomi. logika, musik dan puisi.
 
Kitab Remedies For The Heart
 
Mengandungi sajak-sajak perubatan yang menghuraikan tentang 760 jenis penyakit bersama cara mengubatinya.
 
Penemuan tentang peredaran darah
 
Ibnu Sina menemui teori tentang peredaran darah. Dia berkata "Darah mengalir terus menerus dalam satu lingkaran dan tidak pernah berhenti".
 
Kitab ASY SYIFA' ( 18 jilid )
 
Di usia 22 tahun beliau menulis kitab Asy Syifa' yang berisi tentang penyembuhan ( The Book of Recovery/ The Book of Remedy. Beliau menulis buku ini seumur hidup. Ketika buku ini selesai beliau meninggal dunia kerana sakit ( Tahun 1037M). Naskah lengkapnya tersimpan di University Oxford, London. Penulisan mengenai sains dan falsafah.
 
Ilmu-ilmu perubatan beliau menjadi rujukan utama ilmu perubatan masakini sehingga wujudnya andaian-andaian sikap manusia, lelaki mahupun perempuan dengan empat unsur yang dikemukakan beliau iaitu Tanah, Air, Api dan Angin. Andaian yang dapat dilihat adalah seperti berikut :-
 
Wanita dan kaitannya dengan 4 unsur :-
 
  





Sejauh mana kebenaran andaian-andaian ini? Ingat! hanya andaian. Sikap manusia itu boleh berubah-ubah mengikut cara kehidupan semenjak kecil. Cabaran yang dihadapinya, masalah yang dihadapinya dan lain-lain faktor seperti yang dijelaskan Ibnu Sina. Tokoh islam yang berpengaruh dan sangat disegani. Istimewanya beliau adalah, sangat berdisiplin dalam menuntut ilmu dan mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya.
Sekian... :)
post signature

Tutorial : Cara dapatkan URL pada gambar sendiri


Assalamualaikum...

Jam hampir 1.30pagi. Tapi aku masih tak boleh tido. So, buatlah tutorial ni sebagai sedikit panduan yang seterusnya. Banyak step lagi tau....Insyaallah hasilnya tidak menghampakan.


Untuk mewujudkan HTML gambar tandatangan yang dah siap tu pegi ke NEW POST.




Kemudian klik icon gambar. Sila klik pada gambar jika tak nampak ye sayang....hehe.



Lepas tu Choose files tempat gambar tadi telah disimpan...Saya cadangkan simpan kat DESKTOP dulu senang nak cari k.




Selepas tu select pada gambar dan KLIK ADD SELECTED...




Ini hasilnya yea....




Kemudian bolehlah terus klik kanan pada gambarajah dan pilih Copy Image URL....





Inilh bentul URL yang perlu anda copy dan letakkan pada format yang disedikan DI SINI
Sekian dulu ya....Good nite :D







Tutorial : Cipta tandatangan untuk blog

Assalamualaikum.
Syukur alhamdullillah, hari ni dapat ilmu baru yang ingin dikongsi. Puas mencari dan mencari akhirnya dapat juga wujudkan signature sendiri seperti dibawah.. hehe. Tak jumpa satupun yang detail pasal cara-cara ini. 
Moga bermanfaat buat semua :D.
1. Klik web ini picmonkey.



2. Klik pada DESIGN 


3. Pilih text...lihat sebelah kiri Tt.


4. Pilih tulisan yang diingini....dan klik ADD TEXT


5. Edit saiz tulisan yang digemari


6. Juga boleh editkan warna kesukaan.


6. Kemudian klik Basic Edits....simbol crop diatas sekali.


7. Klik CANVAS COLOR...klik transparents canvas...klik APPLY.


8. Kemudian klik CROP....dan crop mengikut saiz tulisan. Jangan lupa klik APPLY untuk crop.


9. Klik SAVE.


10. Sebelum simpan didalam komputer...tukar DIMENSIONS...Klik Change. Tukar saiz dihadapan sahaja....contoh saya gunakan 400 x ........(Automatik akan ubah sendiri ).


11. Kemudian klik sava to computer. ( Pastikan tahu dimana gambar disimpan bagi memudahkan pencarian semula untuk masuk ke Blog.) Contoh simpan di desktop.


TARAAAAA...Dah jadiiiiiii....Dah siapppp..
~ Selamat mencuba~
Cara-cara masuk ke blog ...KLIK SINI
Cara ini juga sangat bermanfaat untuk mencipta logo, create logo sendiri untuk perniagaan dan sebagainya.
post signature

Tutorial : Cara masukkan Tandatangan di blog

Assalamualaikum,
Harap semuanya dalam keadaan sihat dan baik-baik je k...amin.
Cara mudah nak masukkan tandatangan yang telah dibuat ke dalam blog sebelum entry ini...KLIK SINI..
1. Log In blog masing-masing..
2. Pegi ke DASHBOARD..
3. Klik pada blog yang ingin dimasukkan tandatangan.
4. Pilih SETTING.....klik POST AND COMMENTS.
5. Klik POST AND COMMENTS.........Pilih POST TEMPLATE.
6. Pilih POST TEMPLATE.......Copy paste format ini dalam kotak kosong selepas klik edit.  






7. Tukarkan (ID HTML gambar yang telah dicipta) dengan ID anda. Yang merah tu wajib copy paste ok. Dan KLIK SAVE SETTING, ( atas sebelah kanan).
8. Sila view blog untuk melihat hasilnya. 
NOTA : Tandatangan yang baru wujud, hanya akan muncul jika anda membuat new post pada blog anda. Post yang lama masih kekal tiada tandatangan.


Opss....Tak tahu cara dapatkan HTML gambar yang dicipta sila klik sini. ( tutorial HTML gambar sendiri akan diupload kemudian).
Moga bermanfaat...
Awak hepy,
                  Saya hepy.

post signature

Psikologi : Marriged Woman


Married woman : Kak...boring la kak!!

Me : kenapa ni?

Married woman :  Hari ni saya tak da kawan nak sembang. Sipulan tak datang pulak, selalu sembang ngan die.

Me : Tak pegi mana-mana ke? kan break time ni?

Married woman : Tak...kete husband pakai, panas kat luar tu kak..tak tahu gi mana. Kak tak pegi mana2 ke?

Me : Tak. Akak biasalah memang tak keluar, mcm ni je...tgk apa patut yang belum selesai. Tak makan ke?

Married woman : Saya diet lah kak. Nak jadi cam akak.....slim je, maklumlah belum kawin semua tak jatuh lagi. Tak mcm saya ni dah naik badan, nak kena jaga lah. Tengok akak jelous je. Nak jaga badan balik, sekarang ni cuma makan lauk dan sayur je. Nasi kurangkan. Bestkan kak kalo tak kawin ni bleh enjoy.

Me : Tak baik cakap mcm tu, mcm menyesal plak bunyinya.

Married woman : Tak lah tengok akak relaks je, akak bile nak kawin? saya boring lah kak. Saya kawin umur 22, tak sempat nak enjoy.....enjoy dengan  laki jelah....boring betul.

Me : Istifar banyak2 dik...tak semestinya yang bujang takde masalah. At least adik ada orang jaga, pegi mana ada  je orang teman. Tak suami, mesti anak kan.

Married woman : Anak kecik la lah kak. Umur 22 dia dah masuk minang and tak lama pas tu terus menikah. Taku dikebas orang katanya
Me : Gatenya...mudanya kawin. (Mula menyakat )

Married woman : Tak ade lahh kak, saya tak da pilihan. Kenal husband pon melalui my space. Emak kawal ketat sangat masa tu. tak sempat nak kenal-kenal dgan yg lain2.

Me. : Tak lah sayang, itu jodoh namanya. Kita terima jodoh kita dan redho. Adik ada jgak orang nak. Akak ni sapa yang nak kan. Sebab tu lah nak masuk andalusia dah ni. Kalo ada jodoh insyaallah akak kawin jugak satu hari nanti.

Married woman : Takpe kak, kalau  saya ada pilihan saya akan pilih macam akak. Single je senang...boring je sekarang ni semua terbatas.

Me : Astaqfirullah hal azim....Jangan besar-besarkan istilah boring tu dik. Kalau boleh jangan ada istilah boring tu dalam kamus hidup kita. Akak pon ada masalah, malah semua orang ada masalah. Kalau adik rasa boring, sebukkan diri buat kebaikan pada keluarga dan suami. Buat sesuatu dengan yang boleh orang lain hepy juga...insyaallah adik akan hepy. Tiada kekosongan, hasutan syaitan lagi bila kita asyik buat sesuatu yang baik. Hingga syaitan sendiri tunduk malu untuk menghasut kita. Kalau kita tak hepy, buatlah sesuatu untuk hepykan orang lain. Insyaallah...

Married woman : Saya dah tiga bukan gaduh ngan mak tak bercakap kak. Insyaallah minggu ni saya balik kampung jenguk mak. Saya ni keras hati, mak pon keras hati. Mak cakap kat sepupu je sruh adik balik sebab rindu.

Me : Terdiam seketika...sambil melihat sayu wajah itu. Eloklah tu, 3 hari pon dah berdosa, baliklah jenguk mak. Sampaikan salam akak kat mak ye.

Married woman : Tima kasih kak. Dah koi 2 ni, saya naik dulu ya.

Me : Ya, elok2 jalan tu ( sambil tersenyum dia berlalu)


Ambil yang positif dari story ni okey....fikir2 kan :D


OPS...bateri habisss......die

Cinta sesama manusia tak akan kekal, malah makin pudar.
Suburkan cinta yang telah halal.
Alasan bukan penyelesaiannya...kerana alasan sendiri tak akan lupus dari kamus hidup manusia.
Terima seadanya....
Bimbinglah dia...
Doalah padanya...
Cinta sejati mampu merubah diri dan kehidupan kearah lebih baik menuju Akhirat.
Bukan sekadar cinta nafsu semata-mata.    


Cincin ini tanda ikatan. Oleh itu ikat jugalah mulut jika berkahwin wahai perempuan. Jangan mengadu tak tentu pasal dan menjatuhkan maruah si suami. Ramai yang tak menyedari atau sengaja buat-buat tak sedar. Wanita mudah buat pahala, tapi mudah juga buat dosa kerana mulutnya...WALLAHUA'LAM.

Si suami pulak jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri....AWAS.


Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks