Married woman : Kak...boring la kak!!
Me : kenapa ni?
Married woman : Hari ni saya tak da kawan nak sembang. Sipulan tak datang pulak, selalu sembang ngan die.
Me : Tak pegi mana-mana ke? kan break time ni?
Married woman : Tak...kete husband pakai, panas kat luar tu kak..tak tahu gi mana. Kak tak pegi mana2 ke?
Me : Tak. Akak biasalah memang tak keluar, mcm ni je...tgk apa patut yang belum selesai. Tak makan ke?
Married woman : Saya diet lah kak. Nak jadi cam akak.....slim je, maklumlah belum kawin semua tak jatuh lagi. Tak mcm saya ni dah naik badan, nak kena jaga lah. Tengok akak jelous je. Nak jaga badan balik, sekarang ni cuma makan lauk dan sayur je. Nasi kurangkan. Bestkan kak kalo tak kawin ni bleh enjoy.
Me : Tak baik cakap mcm tu, mcm menyesal plak bunyinya.
Married woman : Tak lah tengok akak relaks je, akak bile nak kawin? saya boring lah kak. Saya kawin umur 22, tak sempat nak enjoy.....enjoy dengan laki jelah....boring betul.
Me : Istifar banyak2 dik...tak semestinya yang bujang takde masalah. At least adik ada orang jaga, pegi mana ada je orang teman. Tak suami, mesti anak kan.
Married woman : Anak kecik la lah kak. Umur 22 dia dah masuk minang and tak lama pas tu terus menikah. Taku dikebas orang katanya
.
Me : Gatenya...mudanya kawin. (Mula menyakat )
Married woman : Tak ade lahh kak, saya tak da pilihan. Kenal husband pon melalui my space. Emak kawal ketat sangat masa tu. tak sempat nak kenal-kenal dgan yg lain2.
Me. : Tak lah sayang, itu jodoh namanya. Kita terima jodoh kita dan redho. Adik ada jgak orang nak. Akak ni sapa yang nak kan. Sebab tu lah nak masuk andalusia dah ni. Kalo ada jodoh insyaallah akak kawin jugak satu hari nanti.
Married woman : Takpe kak, kalau saya ada pilihan saya akan pilih macam akak. Single je senang...boring je sekarang ni semua terbatas.
Me : Astaqfirullah hal azim....Jangan besar-besarkan istilah boring tu dik. Kalau boleh jangan ada istilah boring tu dalam kamus hidup kita. Akak pon ada masalah, malah semua orang ada masalah. Kalau adik rasa boring, sebukkan diri buat kebaikan pada keluarga dan suami. Buat sesuatu dengan yang boleh orang lain hepy juga...insyaallah adik akan hepy. Tiada kekosongan, hasutan syaitan lagi bila kita asyik buat sesuatu yang baik. Hingga syaitan sendiri tunduk malu untuk menghasut kita. Kalau kita tak hepy, buatlah sesuatu untuk hepykan orang lain. Insyaallah...
Married woman : Saya dah tiga bukan gaduh ngan mak tak bercakap kak. Insyaallah minggu ni saya balik kampung jenguk mak. Saya ni keras hati, mak pon keras hati. Mak cakap kat sepupu je sruh adik balik sebab rindu.
Me : Terdiam seketika...sambil melihat sayu wajah itu. Eloklah tu, 3 hari pon dah berdosa, baliklah jenguk mak. Sampaikan salam akak kat mak ye.
Married woman : Tima kasih kak. Dah koi 2 ni, saya naik dulu ya.
Me : Ya, elok2 jalan tu ( sambil tersenyum dia berlalu)
Ambil yang positif dari story ni okey....fikir2 kan :D
OPS...bateri habisss......die
Cinta sesama manusia tak akan kekal, malah makin pudar.
Suburkan cinta yang telah halal.
Alasan bukan penyelesaiannya...kerana alasan sendiri tak akan lupus dari kamus hidup manusia.
Terima seadanya....
Bimbinglah dia...
Doalah padanya...
Cinta sejati mampu merubah diri dan kehidupan kearah lebih baik menuju Akhirat.
Bukan sekadar cinta nafsu semata-mata.
Cinta sesama manusia tak akan kekal, malah makin pudar.
Suburkan cinta yang telah halal.
Alasan bukan penyelesaiannya...kerana alasan sendiri tak akan lupus dari kamus hidup manusia.
Terima seadanya....
Bimbinglah dia...
Doalah padanya...
Cinta sejati mampu merubah diri dan kehidupan kearah lebih baik menuju Akhirat.
Bukan sekadar cinta nafsu semata-mata.
Cincin ini tanda ikatan. Oleh itu ikat jugalah mulut jika berkahwin wahai perempuan. Jangan mengadu tak tentu pasal dan menjatuhkan maruah si suami. Ramai yang tak menyedari atau sengaja buat-buat tak sedar. Wanita mudah buat pahala, tapi mudah juga buat dosa kerana mulutnya...WALLAHUA'LAM.
Si suami pulak jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri....AWAS.
No comments:
Post a Comment