Semesta Pertama PJJ USM ( PART 1 )

Assalamualaikum!!

Aku bertemankan Chopin music. Tenang dan damai. Memang sangat bagus kalau time study sambil dengar musik Chopin ni. Sebab musik ni dapat merangsang perkembangan otak. Itulah antara tips yang aku dapat sepanjang semesta satu yang lalu. Aku dapat ilham ni daripada cerita korea, Secret Garden. Hrmm...hero memang pujaan sangat lah tu, Hyun Bin. Chopin tak lah terkenal seperti musik Lady Gaga. Kelebihannya tetap ada dan sangat hebat bagi aku. Chopin music sangat-sangat membantu student macam aku ni, kalau stress tahap gaban.


"Money always not enough, but knowledge follow until we die" 



Sekejap je masa berlalu. Sekarang daftar untuk tahun ke 2. Wahh..memang best, semangat masih berkobar-kobar. Harap sampai ke hujung lah semangat ni nanti. Walaupun banyak halangan, tapi halangan tu lah yang mematangkan fikiran aku. Dengan kata lain, mengubah cara aku berfikir. Banyak yang aku pelajari, antara pelajaran dan kehidupan seharian. Memang tak rugi menimba ilmu.
Sebagai pelajar tahun dua, akan ku kongsi pengalaman aku pada tahun satu yang lalu.

1. Kursus Intensif PJJ ( Bulan 8/2013 )


-         Semua pelajar dari pelusuk Malaysia yang mendaftar mengikuti PJJ Usm akan bertemu untuk mengikuti sesi suai kenal. Dalam sesi ni aku akan bertemu dengan pensyarah-pensyarah semua mata pelajaran/subjek yang akan di daftar. Aku juga akan bertemu dan berkenalan dengan student lain. So, jangan risau kalau tak ada kawan.


"Lecturer is always right"

Sesi mendaftar subjek aku berjalan lancar. Sebab ikut je nasihat dari pensyarah. Masa sesi bertemu pensyarah tu kena dengar baik-baik. Jangan tidur ok. Banyak student yang tidur, akan menghadapi kesukaran. Sebab, tak faham lah..ape lagi! Haha. Kalau tak faham, mulalah akan blurr sana...blurr sini. Aku daftar 11 subjek. Mak aii!! Banyak kan!!..sebab aku malas nak tangguh-tangguh. Kalau gugur subjek mana-mana, nanti kena ambil juga nak cukupkan kredit. Malah masa belajar nanti akan menjadi panjang. Min 4 tahun, kalau Mak 12 tahun. Hrmmm… tak sanggup nak lama-lama, takut plak semangat belajar ni hilang nanti. Semua subjek tahun satu aku ambil, kecuali Makroekonomi, Teras keusahawanan dan subjek minor. Subjek Minor akan aku daftar tahun 2 nanti termasuk 2 subjek tahun satu tadi.


“Don’t judge people before you know them. Be positif.”

Masa ini juga saat yang paling sesuai untuk mencari kumpulan dalam tugasan. Jumlah kumpulan dalam tugasan bergantung pada subjek dan pensyarah kursus berkenaan. Rujuk Perancangan Akademik. Jadi jangan lepas kan peluang untuk berkenal-kenalan. Aku, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kumpulan hanya di kalangan PW (pusat wilayah) yang sama, yang mana kami duduk dalam kelas suai kenal tu di hadapan dan belakang tempat duduk dalam kelas sahaja, Alhamdulillah. Nak study jangan cepat judge orang, stay with group and know each other first. Nanti tak pasal-pasal sampai tarikh tamat nak hantar assignment masih tercari-cari group. Nampak sangat kita bermasalah dalam komunikasi. Jadi kumpulan kami semuanya 6 orang, semua subjek, kumpulan yang sama. Tidak susah dalam membincangkan tugasan jika orang yang sama. Dari PW lain boleh juga sebenarnya, sekarang kan dah ada teknologi untuk berhubung cth : whatapp, fb dan sebagainya. Kebetulan seorang ahli kumpulan ingin tangguh, kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi kami hanya tinggal berlima. Semangat tetap ada, tugasan diteruskan hingga selesai. Jadi tugasan jangan buat sorang2, nanti tak di terima. Carilah kumpulan sekurang-kurangnya 5 orang. Cara lain mencari kumpulan melalui group pjj adalah dalam fb. Boleh lah pilih group pjj mengikut tahun masuk. Supaya lebih mudah berinteraksi dengan pelajar tahun yang sama.


“Don’t ignore a good opportunity around you .”

Sebagai student, kita kena tahu bantuan khidmat sokongan yang kita boleh gunakan semasa di USM. Peluang tinggal di USM, hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya. Bantuan tersebut termasuklah kemudahan internet. Daftar internet di pusat Internet Usm berdekatan koperasi. Berjalan kaki dari Dewan DTSP ke bangunan pusat internet, tidak lah jauh. Laptop dan telefon pintar perlulah di bawa bersama, untuk setting internet usm dalam gajet kita. Khidmat bantuan sokongan lain adalah perpustakaan, tempat mencetak tugasan serta Pusat Sejahtera jika jatuh sakit. Perkara yang pertama perlu di buat semasa tinggal di USM, rewang dulu dalam tu. Mana tahu ada masalah nanti senang nak cari tempat. Luas bukan main :D.

Stay tuned.......

No comments:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks