Ocean city's


Assalamualaikum,

Tadi dah mengantuk sebenarnya, alih-alih gaduh ngan budak sebelah ni terus x ngantuk plak. Apahal lah tu kan? hehe...

What? Ocean city's? tah lah tetiba nak pakai tajuk ni. Maklumlah hari tu bergambar cantik tepi pantai, tapi kat bandar. Giler lah..mmg superb! My family come to visit my new home and last tak de idea nak bawa diorang pegi mana. Datang jauh2, susah plak nak datang. So mmg kena bawa jenjalan. Apa lgi, fikiran aku terlintas pantai je la.

Ocean City's!




" Paginya aku lihat pantai ini bersih dan airnya biru. Sampai ke petang aku lihat semakin keruh dan kotor. Begitulah sehari-hariannya. Pagi esok akan kembali bersih semula. Begitulah juga manusia, pagi hingga petang tidak terlepas dari melakukan dosa. Antara sedar atau tidak. Allah S.W.T jadikan malam untuk hambanya meratapi dan bertaubat padanya. Moga esok tidak dibelenggu oleh dosa hari ini dan seterusnya.: 
~ Miss_O'

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;"

 ~ Surah Al-Imran, Ayat 190:


(Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 

        "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
~Surah Al-Imran, ayat 191~


Allahua'lam :))

No comments:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks