Syarat Kelayakan dan Tempoh Sah Laku
1. SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI MUET
Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.
2. TEMPOH SAH LAKU
Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Kadar Bayaran Ujian
(a) Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:
Yuran pendaftaran
|
RM 40.00
|
Yuran mata pelajaran
|
RM 60.00
|
Jumlah
|
RM100.00
|
Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari www.mesp.gov.my/online.
Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.
(b) Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Slip Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.
Komponen Ujian MUET
Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:
Kod Kertas
|
Nama Kertas
|
800/1
|
Listening (30 minit)
|
800/2
|
Speaking (30 minit)
|
800/3
|
Reading (90 minit)
|
800/4
|
Writing (90 minit)
|
Maklumat lanjut sila rujuk Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions yang dapat diperoleh melalui Portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
Pelbagai maklumat lagi boleh diperolehi di http://portal.mpm.edu.my/web/guest/home
Apa lagi aku download je format dan contoh soalan di web tersebut untuk rujukan Panduan MUET. Walaweiiii.....susah tak ambik ujian ni sebenarnya? Kalau datang darah gemuruh aku...ke laut dibuatnyaaa....haha.
Ok lah uols....iols nak get ready for Muet. Good luck to everyone and congratulation to anyone who's pass this exam.
....dup dap...dup dap....
No comments:
Post a Comment