Siapa sangka, siapa tahu bagaimana rupa hari esok? Ujian yang melanda diri ku kini, baginya ujian yang paling hebat. Setelah kehilangan Arwah Tok Wan setahun yang lepas, aku redha. Kerana Tok Wan menderita sakit tua yang terlalu lama. Itulah pertama kali, aku merasai kehilangan orang tersayang. Sangat aku sanjungi, malah idola dalam hidup ku.
Kini aku berdepan dengan peristiwa yang tidak di sangka. Dan tidak pernah di lalui. Hati menjadi insaf. Ilmu yang kurang di dada, cuba dihadapi dengan akal yang waras.
SOLAT SUNAT TAUBAT
Tiba-tiba sakitnya teruk. Aku tidak tahan melihat deritanya. Aku berdoa kepada Allah jika telah tertulis umurnya masih panjang, moga dia disembuhkan segera. Jika tertulis ajalnya telah tiba, moga dimudahkan urusannya. Hilangkan segala deritanya segera. Aku redha dengan setiap ketentuannya.
Aku lihat keadaannya sedang berjuang mati-matian. Andai aku dapat mengurangkan bebanan yang sedang ditanggungnya kini? Tapi bagaimana?
Sampai sahaja di rumah sebab habis waktu melawat. Aku masih berfikir caranya. Lalu aku mengambil wuduk dan niat menunaikan solat sunat taubat bagi pihaknya. Aku tidak henti-henti berdoa moga Allah mengampunkan dosa-dosanya samada yang disedarinya atau tidak. Juga dosa-dosa orang yang terpaksa ditanggungnya, iaitu anak-anaknya. Mungkinkah dosa anak-anak dan isteri yang membuatkannya terbeban?
Aku hanya berdoa-berdoa dan yakin dengannya. Moga ditentukan perkara yang baik untuknya. Moga Allah S.W.T menjaga aibnya.
Selalunya pihak hospital sedikit ketat peraturannya. Alhamdulillah sepanjang berada di situ menemaninya, kami adik beradik tiada halangan untuk berjumpanya selalu dan membaca bacaan yassin di sisinya. Kalimah Lailahaillallah tidak putus-putus didengarkan ketelinganya. Saat itulah dia memerlukan anak-anak yang soleh dan solehah untuk membantunya mengingati Allah S.W.T. Syukur dia masih dapat mendengar serta dapat mengungkapkan kalimah Allah.
Aku dapat melihat cahaya diwajahnya. Cahaya iman. Moga dicucuri rahmat ke atasnya selalu.
No comments:
Post a Comment