Resepi mudah dan sedap dari ibu tercinta dikala musim hujan, dan wabak demam mula melanda....hehe. Serawa dikenali di Utara Perak atau negeri lain lebih kenalinya sebagai bubur pisang sagu ( maafkan saya jika silap). Sangat sedap tambah waktu sejuk @ hujan...makan panas- panas dengan air kopi panas...wahhh..memang terangkat.
Boleh dipelbagaikan dengan menggunakan gula melaka atau gula merah. Warna akan bertukar. Kalau guna gula putih, kuahnya akan putih je lah. Ikut cita rasa masing-masing ok.
Aku tak terasa nak makan sebenarnya. Ataupun nafsu makan aku semakin kurang? Tapi bila adik bongsu sebut sahaja serawa pisang mak....terus hidupkan enjin kereta balik ke kampung halaman di Utara. Perkataan Mak tu yang membuatkan aku lapar sangat serawa pisang ni. Maklumlah tiap-tiap minggu mesti balik untuk makan masakan emak. Disamping itu boleh lah hilangkan kesunyian mak yang tinggal seorang diri. Disebabkan tugas terpaksalah berjauhan. Alhamdulillah, tahun ini semakin dekat dan kurang halangan banyak tol nak menjenguk mak di kampung. Mudah nak balik membuatkan bajet harian aku mula terbatas. Tapi emak cukup bahagia bila melihat wajah anak-anaknya. Bukan wang ringgit yang dinanti tapi wajah anak yang dirindui.
Biarlah anak tu dah besar panjang pon. Pasti seorang ibu tetap merindui anaknya. Biarlah banyak kesalahan anak terhadap ibu, tetap dimaafkannya. Seorang anak yang tidak mengerti, pasti mengerti bila bergelar ibu dan bapa nanti. Tapi bagaimana yang dah kawin tapi tak sedar akan penantian seorang ibu? Sedarlah sebelum terlambat.
Sangat mudah resepi ini...selamat mencuba!
emperor casino
ReplyDeleteEmperor 바카라 Casino review by shootercasino.com. Discover the top slots, table 메리트카지노 games, and 제왕 카지노 table games for your entertainment. Rating: 8/10 · Review by Shootercasino