Assalamualaikum,
Ini adalah entry terakhir buat tahun 2014. Alhamdulillah, moga dipanjangkan umur sehingga tahun-tahun yang akan datang. Setiap individu akan terpalit kenangan yang tersendiri. Samada suka atau pun duka. Mungkin tahun ini kita berduka, moga tahun berikutnya ada sinar dan harapan. Mungkin tahun ini kita gembira, tapi jangan lupa pula mensyukuri nikmatnya.
Alhamdulilah...Alhamdulilah...Alhamdulilah.....suka atau duka bersyukurlah kepada Allah.
Lain pula bagi aku, hari baru...tahun baru bagiku adalah selepas menunaikan solat sunat taubat. Bukan apa, saat itu seperti terasa diri ini baru lahir. Maksudnya seolah-olah tiada dosa, melainkan dosa baru yang akan tercatat. Tapi siapa aku hendak tentukan dosa telah terhapus. Aku hanya lakukan dan bertawakkal. Allahua'lam..percaya jangan, tapi cuba lakukan dan rasai sendiri. Takut pula bawa fahaman yang baru. Tapi itulah yang aku rasai.
Buat apa tahun baru tapi membawa dosa lama. Kadang-kadang dosa lama itu akan membelenggu kita pada masa hadapan. Bumi kan bulat, kehidupan ini juga bulat. Segalanya akan balik ke tempatnya satu hari nanti. Lidah perlu dijaga, itulah yang kadang-kadang manusia tidak sedarinya. Jangan sampai kena batang hidung sendiri. Mungkin seseorang sedang melalui karma kerana kata-kata, atau kerana tulisannya. Aku sendiri sedang perhati kehidupannya, karmanya...bilakah semua itu akan berakhir? Ia berakhir bila dia mula menyedarinya, Lantas memohon keampunan pada Ilahi. Adakah aku juga ada karma? Insaf melanda, kekhilafan dicari. Semuanya bagaikan doa. Kadang-kadang manusia tak sedar apa yang dia cakap. Kadang-kadang apa yang ingin disampaikan itu menjadi salah faham.
"Baik niatnya di pandang buruk,
Buruk niatnya dipandang mulia."
Bukan pula niatku mengatakan bila bertaubat mudah pula untuk melakukan dosa baru. Dosa bagiku ada dua kategori. Satu dosa yang aku sedari dan satu lagi dosa-dosa yang aku tidak sedari. Kedua-duanya aku perlukan solat sunat taubat dan memohon ampun dari Ilahi. Takut pula tak sempat taubat sebelum mati. Sekurang-kurangnya aku dapat betulkan hati sendiri. Hati sendiri sentiasa perlu diuji, tahap mana dia mampu bertahan saat dipuji dan dikeji. Kehidupan diperhati.
Kongsi Cerita
Kadang-kadang ingin aku sampaikan ( dari pengalaman dan apa yang aku rasai dan aku perhati). "Wahai pemimpin, serulah rakyatmu lakukan solat sunat taubat bukan hanya solat hajat." Tahun 2014 memang mencabar bagi semua pimpinan. Anggaplah sebagai teguran. Aku dapat lihat niatnya untuk membaiki cara hidup dan fikiran rakyatnya. Tapi bukan semua mampu melihatnya dengan hati. Memang aku tak minat politik. Tanpa politik pula bagaimana ekonomi nak berkembang. Tanpa politik pula bagaimana pemimpin dapat kenali hati budi rakyatnya. Ada yang mencaci, menghina tapi tidak kurang yang memujinya.
"BUMI INI DIBERIKAN PADA MANUSIA,
JIKA ELOK DIJAGA MAKA ELOKLAH IA,
JIKA BURUK, MANUSIALAH JUGA PENYEBABNYA,
PEROSAK BUMI HANYA SATU IAITU MANUSIA."
Bila alam yang dianugerahkannya tidak dijaga. Pasti akan diambil-Nya.
Salahnya manusia, bila melihat manusia lain seperti malaikat. Dan menyangka tak akan buat silap. Tapi bila tersilap dah melompat-lompat. Tak kurang juga menghasut dan suka bila bertikam lidah. (Aku sendiri pernah berada dalam keadaan tu). Perasaannya sakit bila buat baik tak nampak, bila silap sikit habis dicanangnya. Malah yang dicanang itu tak betul belaka. Aku jerit ( hanya mampu dlm hati) "Aku bukan malaikat, aku akan cuba buat apa yang aku boleh dan setakat kuasa yang aku ada." Jauh sekali dalam hati harapkan pujian, cuma fikirkan amanah yang aku perlu pikul. Dan sejauh mana aku boleh membantu mereka. Allah tu maha adil, dengar setiap bicara hati hambanya. Cuma nak lihat hambanya mahu tak berdoa dan sujud padanya. Dia mudahkan segala-galanya. Sabar itulah jawapannya.
Alhamdulillah, hampir semua harapanku tercapai tahun 2014. Harapan yang paling ketara pabila aku dapat rasakan saat-saat aku lepaskan satu bebanan yang amat berat yang tertanggung selama bertahun2 sebelum ini.
Moga tahun 2015, membawa sinar dan harapan baru pada semua.
MUCH LOVE!!
#positivethinking #muslimthinking
No comments:
Post a Comment