Tips tangguh pengajian PJJ USM

Assalamualaikum.
Beberapa minggu sebelum berakhirnya tahun 2015, beberapa soalan bermain diminda dek kerana soalan yang diajukan oleh seorang rakan. Macam mana kalau nak tangguh sekarang ni ya? Minggu intensif dimana adanya peperiksaan PB semakin dekat. Kerana masalah yang dihadapi, pasti keputusan terakhir adalah dengan tangguh pengajian. Kita hanya hamba Allah yang merancang, tapi Dia yang menentukan perjalanan sepanjang pengajian.
Selagi aku tidak dapat jawapan untuk membantu rakan tersebut, aku tak akan duduk diam. Tangan mula godek-godek laman web pjj dan usm. Mungkin ada baiknya aku kongsi, supaya menjadi panduan untuk diri ini juga pada masa hadapan.
Dalam masa bertenang sebelum aku dapat jawapan, aku nasihatkan rakan supaya melakukan solat istikharah. Jika tenang fikiran dengan keputusan yang telah dibuat. Itulah jawapan yang terbaik dari Allah S.W.T.
Perkara wajib tahu sebelum tangguh.
1. Peraturan kewangan
  • Yuran tidak dikenakan - sekiranya menangguh sebelum bermula sesuatu sidang akademi
  • Yuran pengajian 50% dan - sekiranya menangguh selepas sidang akademik bermula dan sebelum yuran-yuran lain dikenakan penuh tamat kursus Intensif.
  • Semua yuran dikenakan penuh - sekiranya menangguh selepas Kursus Intensif.
2. Dapatkan borang menangguh di portal eLearning.
3. Emailkan borang yang telah lengkap ke Pusat PJJ. Dapatkan email pegawai yang menguruskan urusan menangguh dengan dail no pusat PJJ USM ( Dail no ikut pembantu tadbir bidang masing-masing - rujuk gambarajah ).
4. Setelah email, pastikan email yang telah dihantar telah diterima dengan dail semula no pegawai berkenaan.
5. Dalam masa menunggu kelulusan dan surat pengesahan menangguh pengajian. Bolehlah download semua nota yang telah diterima awal. Sebagai persiapan untuk menyambung semula nanti. ( tak pasti samada kita boleh masuk ke tidak ke portal selepas urusan tangguh selesai. :D
Maklumat penangguhan juga boleh kita dapat dalam buku panduan yang telah diberikan pada awal semesta pertama. Antara kandungan yang terdapat dalam buku panduan ( m/s 15-16 ) adalah :-
  1. Pelajar dibenarkan menangguh pengajian selama 3 sidang akademik berturut-turut. Jumlah penangguhan pengajian tidak terbatas sekiranya pelajar tidak menangguh pengajian 3 kali berturut-turut.
  2. Pelajar boleh menangguh pengajian atas sebab-sebab tertentu. Mereka akan diberikan taraf Tidak Aktif    ( dengan penalti atau tanpa penalti tertakluk kepada alasan yang diberikan. Dengan penalti bermaksud tahun penangguhan pengajian tersebut diambil kira ke dalam bilangan maksimum jangkamasa pengajian.
  3. Tarikh penentuan permulaan penangguhan pengajian ( tujuan penetapan yuran ) ialah sama dengan tarikh penerimaan Borang Penangguhan Pengajian.
  4. Pelajar yang menangguh pengajian dan tidak terhutang yuran akan secara autumatik dijadikan pelajar Aktif pada sidang akademik berikutnya, kecuali jika beliau memohon untuk menangguh pengajian seterusnya.
  5. Pelajar menangguh pengajian dan terhutang yuran akan secara automatik diberi taraf pelajar Tidak Aktif dan diberikan penangguhan pengajian untuk sidang akademik seterusnya, tertakluk kepada jumlah tahun penangguhan pengajian tidak melebihi 3 sidang akademik berturut-turut.
  6. Pelajar yang menangguh pengajian 3 sidang akademik berturut-turut dan telah menjelaskan kesemua yuran akan dijadikan pelajar Aktif pada sidang akademik berikutnya.
  7. Pelajar boleh memohon penangguhan pengajian untuk sidang berkenaan pada bila-bila masa sebelum          1 Mac tahun berkenaan.
NOTE : Kalau nak tangguh tahun depan 2016/2017 cepat2 bertindak sebelum bulan MAC ini OK. Kalau tak mahu penalti dikenakan...

That All....Guys...


~Moga bermanfaat untuk masa hadapan :D~
post signature

No comments:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks