Assalamualaikum,
Moga Allah S.W.T mencucuri rahmat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, sahabat serta keluarga baginda sekalian. Moga Allah S.W.T juga mencucuri rahmat kepada Arwah Tok Wan dan Arwah Abah serta hamba-hambanya yang terdahulu daripadaku, Al-Fatihah.
Rindu nak update!!!!!!!!!!!
Last2 terbayang-bayang saat-saat aku mengaji Al-Quran kecik2 dulu. Aku lahir sekitar 80an, mungkin juga kenangan 90an. Ingat-ingat lupa gitu...Maklumlah orang lain dah ke depan, aku and the geng je lambat cikit menikmati arus pemodenan.
6.00 petang
Setiap petang, selepas bermain...... aku, adik-adik dan rakan-rakan lain mula mencari daun kelapa kering untuk dijadikan jamu sebagai pelita sepanjang perjalanan untuk ke rumah Tok Guru(Mak Dak) selepas magrib. Walaupun emak pandai mengaji Al-Quran, tetap meminta anak-anaknya berguru dengan guru lain. Di rumah akan berguru dengan emak pula nanti. Setelah dihambur dengan leteran emak baru terkecoh-kecoh pegi mandi, bersihkan diri.
7.00 malam
Selesai membersihkan diri, semua bersedia untuk menunaikan solat magrib. Emak sangat tegas masa itu terutamanya soal Solat dan membaca Al-Quran. Selepas solat magrib kami beramai-ramai menyalakan jamu (daun kelapa kering)/kadang-kadang pelita minyak tanah, berbekalkan Al-Quran dan Muqaddam berjalan kaki menuju ke rumah Tok Guru( Mak dak) yang jauhnya dalam 5km.
Kanak-kanak yang belum kenal masalah dunia. Hanya menurut kata-kata ibu. Seronok masa tu, ada yang mengusik bila ditinggalkan dibelakang sebab langkahnya terlalu pendek. Berderau darahnya hingga pecat lesi. Apa lagi langkah tiba-tiba panjang hingga kedepan menjadi ketua rombongan pula. Tak pasti jalan masa tu, jalan bersimen atau tanah merah. Kenderaan hanya basikal tua bergalang ( Arwah Tok Wan dan Arwah Abah, juga ada basikal biasa.
Ini lah rupa jamu yang telah siap, tapi belum dibakar.
Ini pula rupa jamu yang telah dibakar...Jawa tengah Indonesia panggilnya Obor pelepah kelapa...ada juga panggil bobok di pesta api mereka.
Tapi itulah bekal aku semasa mengaji Al-Quran dulu, untuk terangkan jalan menuju ke rumah Tok Guru. Terang bukan main, harimau pon takut nak dekat. Hutan bukit bukau gitu...tinggal dikaki bukit :D.
8.00 Malam
Sekitar 8 malam mungkin, setibanya di pintu rumah Mak Dak salam diberi. Mak Dak buka selak pintu dengan satu tangan dan ditangannya sebelah lagi melekat pelita. Bekalan elektrik belum sampai ke kampung, setiap penjuru rumah diterangi dengan cahaya pelita. Masing-masing meluru naik tangga rumah Mak Dak dan mencapai tangan lalu menciumnya ( sebagai hormat pada guru dan yang lebih tua). Berebut-rebut menaiki tangga rumah Mak Dak, mengambil tempat siapa yang ingin membaca Al-Quran dahulu. Kami diajar mengeja tulisan jawi Alif....Ba....Tha sehinggalah pandai membaca seluruh ayat dan surah. Tentunya kerja itu bukan kerja satu malam. Tidak juga kerja seorang guru. Kami diajar sehingga pandai bergilir-gilir antara Mak dirumah dan di rumah Tok Guru. Guru mengajar mengeja tulisan jawi, tapi tidak maknanya. Alhamdulillah, semua lancar ketika mengaji.
Ini mungkin rupa aku dan rakan-rakan mengaji ketika tu, Mungkin comot lagi kot, sebab aku memang budak comot habis masa kecik kihkihkih.....
10 malam
Selesai dan pulang ke rumah......
Masih aku ingat, setiap kali kami habiskan bacaan Muqaddam....mak pasti sediakan pulut kuning sebagai kenduri kesyukuran di rumah Tok Guru. Makan beramai-ramai .....Alhamdulillah cukup indah memory tuh!! Selesai kenduri kami akan sambung bacaan Surah Al-Baqarah sehinggalah habis Surah dalam Al-Quran. Tentunya itu bukan kerja satu malam. Yang penting disiplin dalam buat apa kerja sekalipun terutamanya masa, jika ingin cepat habis. Seperti biasa kami juga tidak diceritakan makna kandungan isi Al-Quran itu sendiri. Cuma dengar melalui ceramah agama melalui corong radio dan cikgu agama di sekolah. Tapi tetap dapat membaca dengan baik dan habiskan semua surah kan.? Pada masa itu tidak terfikir maknanya, baca dan terus membaca....ayat demi ayat.....sebutan demi sebutan.
Solusinya, tiada alasan dalam membuat sesuatu perkara. Belajar dan faham kemudian. Yang penting kena mulakan, jika tiada permulaan pastinya tiada pengakhiran terutamanya soal menuntut ilmu. Hidup ini berperingkat, lepas satu....satu, mungkin juga boleh sekali gus...tiada yang mustahil.
Nah belanja pulut kuning cikit!!!!!!!hehehehe
Note : Gambar2 ini saya ambil dari blog lain, sebagai hiasan di blog ni sebab... saya tiada gambar masa tuh.....just memory...menggamit memori.