Sedangkan lidah sendiri tergigit, ini kan pula hubungan adik-beradik. Masing-masing punya peranan. Apakah pangkat setiap orang dalam satu keluarga? Apakah peranan masing-masing? Adakah sekadar senang untuk memanggil dengan pangkat tersebut atau ada tanggungjawab yang tersembunyi?
"Kasih mu ayah. ibu, abang, kakak dan adik
biarlah kasih yang membawa hingga ke syurga."
SILATULRAHIM
Hari ini kita bertelagah. Entah esok lusa kita akan sendiri. Allah S.W.T sangat tidak suka pada sesiapa yang memutuskan silatulrahim. Berbaik sangka, fikir yang baik-baik, berfikiran terbuka dan ucap perkara yang baik-baik boleh mengukuhkan lagi hubungan silatulrahim.
Tapi hati? Kenapa kau gundah? Kenapa kau berasa sakit? Pastinya sakit hati. Sakit yang teramat sangat katanya. Bila fikiran mula merepet dan fikir yang tidak menentu, akhirnya akan jatuh ke hati. Bila hati mentafsirkan. Maka, sakit hati...iri hati makin meluap-luap.
Islam mengajar Istiqfar. Bagi kaum perempuan banyakkan Istiqfar. Sebab? Oleh kerana kaum wanita sejak azali kejadiannya adalah lemah. Mudah di hasut dengan pelbagai percakapan di kepala. Tahukah kita bahawa yang sedang bercakap di kepala kita itu, bukan suara kita. Itulah antara bisikan syaitan. Jadi kenapa kita harus mendengarnya. Suara itulah musuh utama kita seperti terkandung dalam Al-Quran. Musuh utama manusia adalah syaitan. Tidak akan tenang syaitan jika tidak dapat menyesatkan kaum Adam. Itulah kerja mereka. Dan kita, apa pula tugas kita di muka bumi ini?
Ayah, tugas mu berat. Bimbing lah isteri dan anak-anak mengenal Allah S.W.T. Meskipun penat bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Ingatlah, isteri dan anak-anak juga rezeki dan amanah yang Allah S.W.T berikan. Amanah itu perlu di jaga bukan hanya di dunia, malah sehingga akhirat. Amanah itulah yang akan disoalkan ketika bertemu dengan Maha Pencipta. Bimbanglah mereka untuk mengenal Allah dan Al-Quran. Insyaallah tenang hidupmu dunia dan akhirat. Sentiasa mengingati mereka akan mati, wahai insan bergelar Ayah. Dan segera kahwinkan anak perempuanmu bila sampai waktunya. Selidiklah imamnya, pengganti dirimu nanti. Bergurau sendalah dengan isteri dan anak-anakmu seperti teladan Nabi S.A.W.
Wanita, pelengkap rusuk kiri seorang Adam. Pelengkap hidup suami dan anak-anak. Bantulah suami mu dan anak-anakmu mengenal Allah S.W.T dan Al-Quran. Salinglah ingat mengingati ketika leka. Ibu paling hampir dengan anak-anak. Didiklah anak sedari anak dalam perut selama sembilan bulan. Jangan sedih, Allah sentiasa bersama mu wahai ibu. Kuatkan diri walau pelbagai dugaan menanti. Fikir lah yang baik-baik. Jauhkan hasutan di fikiran. Kaum hawa ternyata lemah dan senang di goda dengan hasutan syaitan. Banyakkanlah beristifar.
Abang, diri mu pengganti ayah. Satu hari nanti kau juga akan bergelar ayah. Wali adik perempuanmu. Tunjuklah teladan yang baik dan bimbinglah adik-adikmu. Bergurau sendalah dengan adik-adikmu. Jagalah batas pergaulanmu dengan kawan-kawan. Dahulukan hal keluarga, kerana hal mereka akan di soal kepadamu.
Kakak, dirimu pengganti ibu. Satu hari nanti kau juga akan bergelar ibu. Belajarlah dari ibu mengurus hal adik-adikmu. Belajarlah taati Allah S.W.T dan teladan para isteri-isteri Nabi s.a.w. Tanamkan kejayaan di fikiran mu.
Adik, hormatilah yang lebih tua. Mereka lebih lama makan garam dari mu. Juga belajarlah taati suruhan Allah S.W.T. Teladanilah orang-orang yang terdahulu darimu. Yang baik dijadikan panduan dan yang buruk dijauhi sama sekali. Hidup mu bertuah dik! Pasti ada orang akan membimbingmu. Cuma redhalah, jangat cepat melatah. Carilah kawan yang boleh membimbingmu ke syurga bukan hanya kenal dunia yang akan musnah ini..
No comments:
Post a Comment