Jejak PPPJJ


Jejantas USM




Tiada istilah sunyi di desa tekun,
Tiada istilah tidur di malam hari.

Pendaftaran lagi
Setahun berlalu tidak dirasai
Di sini kembali..
Tiba masa untuk PB

Di persisir jalan kota
Aku lihat anak muda
Mana langkahnya
Siapa tentukannya

Aku memilih di sini
Arah hidupku ubah
Cita-cita ku corak
USM PPPJJ aku jejak

Pangkat bukan cita-cita
Tapi segulung Ijazah untuk ibunda
Tersenyum riang dijendela
Tika khabar sampai ditelinga

Oh! Dia mendengarnya
Minatnya membara
Susun kata, atur bicara
Tahun ini juga didaftarnya

Pencetus
Pembuka mata diluar sana
Hati gembira
Jejaklah PPPJJ 
Diusia muda mahupun tua

Ok...sebab terlalu stress dengan PB, aku cipta ayat diatas ni. Lagu dok nyanyi2 dalam bilik mandi kuang-kuang. lagu ke?? Bukan belajar bahasa tapi suka mereka-reka. Alhamdulillah selamat maju jaya....teruskan berjuang untuk PB anda dan exam akhir nanti.

Keep going...Cayokk!!


Resepi Utara : Serawa/ bubur pisang manis



Resepi mudah dan sedap dari ibu tercinta dikala musim hujan, dan wabak demam mula melanda....hehe. Serawa dikenali di Utara Perak atau negeri lain lebih kenalinya sebagai bubur pisang sagu ( maafkan saya jika silap). Sangat sedap tambah waktu sejuk @ hujan...makan panas- panas dengan air kopi panas...wahhh..memang terangkat. 
Boleh dipelbagaikan dengan menggunakan gula melaka atau gula merah. Warna akan bertukar. Kalau guna gula putih, kuahnya akan putih je lah. Ikut cita rasa masing-masing ok.

Aku tak terasa nak makan sebenarnya. Ataupun nafsu makan aku semakin kurang? Tapi bila adik bongsu sebut sahaja serawa pisang mak....terus hidupkan enjin kereta balik ke kampung halaman di Utara. Perkataan Mak tu yang membuatkan aku lapar sangat serawa pisang ni. Maklumlah tiap-tiap minggu mesti balik untuk makan masakan emak. Disamping itu boleh lah hilangkan kesunyian mak yang tinggal seorang diri. Disebabkan tugas terpaksalah berjauhan. Alhamdulillah, tahun ini semakin dekat dan kurang halangan banyak tol nak menjenguk mak di kampung. Mudah nak balik membuatkan bajet harian aku mula terbatas. Tapi emak cukup bahagia bila melihat wajah anak-anaknya. Bukan wang ringgit yang dinanti tapi wajah anak yang dirindui.

Biarlah anak tu dah besar panjang pon. Pasti seorang ibu tetap merindui anaknya. Biarlah banyak kesalahan anak terhadap ibu, tetap dimaafkannya. Seorang anak yang tidak mengerti, pasti mengerti bila bergelar ibu dan bapa nanti. Tapi bagaimana yang dah kawin tapi tak sedar akan penantian seorang ibu? Sedarlah sebelum terlambat.


Sangat mudah resepi ini...selamat mencuba! 


" Makanan syurga,
          Air tangan bonda."





Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks