Tahun 2014 Dalam kenangan


Assalamualaikum,


Ini adalah entry terakhir buat tahun 2014. Alhamdulillah, moga dipanjangkan umur sehingga tahun-tahun yang akan datang. Setiap individu akan terpalit kenangan yang tersendiri. Samada suka atau pun duka. Mungkin tahun ini kita berduka, moga tahun berikutnya ada sinar dan harapan. Mungkin tahun ini kita gembira, tapi jangan lupa pula mensyukuri nikmatnya.


Alhamdulilah...Alhamdulilah...Alhamdulilah.....suka atau duka bersyukurlah kepada Allah.


Lain pula bagi aku, hari baru...tahun baru bagiku adalah selepas menunaikan solat sunat taubat. Bukan apa, saat itu seperti terasa diri ini baru lahir. Maksudnya seolah-olah tiada dosa, melainkan dosa baru yang akan tercatat. Tapi siapa aku hendak tentukan dosa telah terhapus. Aku hanya lakukan dan bertawakkal. Allahua'lam..percaya jangan, tapi cuba lakukan dan rasai sendiri. Takut pula bawa fahaman yang baru. Tapi itulah yang aku rasai.


Buat apa tahun baru tapi membawa dosa lama. Kadang-kadang dosa lama itu akan membelenggu kita pada masa hadapan. Bumi kan bulat, kehidupan ini juga bulat. Segalanya akan balik ke tempatnya satu hari nanti. Lidah perlu dijaga, itulah yang kadang-kadang manusia tidak sedarinya. Jangan sampai kena batang hidung sendiri. Mungkin seseorang sedang melalui karma kerana kata-kata, atau kerana tulisannya. Aku sendiri sedang perhati kehidupannya, karmanya...bilakah semua itu akan berakhir? Ia berakhir bila dia mula menyedarinya, Lantas memohon keampunan pada Ilahi. Adakah aku juga ada karma? Insaf melanda, kekhilafan dicari. Semuanya bagaikan doa. Kadang-kadang manusia tak sedar apa yang dia cakap. Kadang-kadang apa yang ingin disampaikan itu menjadi salah faham.



"Baik niatnya di pandang buruk,
Buruk niatnya dipandang mulia."

Bukan pula niatku mengatakan bila bertaubat mudah pula untuk melakukan dosa baru. Dosa bagiku ada dua kategori. Satu dosa yang aku sedari dan satu lagi dosa-dosa yang aku tidak sedari. Kedua-duanya aku perlukan solat sunat taubat dan memohon ampun dari Ilahi. Takut pula tak sempat taubat sebelum mati. Sekurang-kurangnya aku dapat betulkan hati sendiri. Hati sendiri sentiasa perlu diuji, tahap mana dia mampu bertahan saat dipuji dan dikeji. Kehidupan diperhati.



Kongsi Cerita


Kadang-kadang ingin aku sampaikan ( dari pengalaman dan apa yang aku rasai dan aku perhati). "Wahai pemimpin, serulah rakyatmu lakukan solat sunat taubat bukan hanya solat hajat." Tahun 2014 memang mencabar bagi semua pimpinan. Anggaplah sebagai teguran. Aku dapat lihat niatnya untuk membaiki cara hidup dan fikiran rakyatnya. Tapi bukan semua mampu melihatnya dengan hati. Memang aku tak minat politik. Tanpa politik pula bagaimana ekonomi nak berkembang. Tanpa politik pula bagaimana pemimpin dapat kenali hati budi rakyatnya. Ada yang mencaci, menghina tapi tidak kurang yang memujinya.

"BUMI INI DIBERIKAN PADA MANUSIA,
JIKA ELOK DIJAGA MAKA ELOKLAH IA,
JIKA BURUK, MANUSIALAH JUGA PENYEBABNYA,
PEROSAK BUMI HANYA SATU IAITU MANUSIA." 

Deforestation in Peninsular Malaysia


Bila alam yang dianugerahkannya tidak dijaga. Pasti akan diambil-Nya.

Chart: the world's highest deforestation rate

Salahnya manusia, bila melihat manusia lain seperti malaikat. Dan menyangka tak akan buat silap. Tapi bila tersilap dah melompat-lompat. Tak kurang juga menghasut dan suka bila bertikam lidah.     (Aku sendiri pernah berada dalam keadaan tu). Perasaannya sakit bila buat baik tak nampak, bila silap sikit habis dicanangnya. Malah yang dicanang itu tak betul belaka. Aku jerit ( hanya mampu dlm hati) "Aku bukan malaikat, aku akan cuba buat apa yang aku boleh dan setakat kuasa yang aku ada." Jauh sekali dalam hati harapkan pujian, cuma fikirkan amanah yang aku perlu pikul. Dan sejauh mana aku boleh membantu mereka. Allah tu maha adil, dengar setiap bicara hati hambanya. Cuma nak lihat hambanya mahu tak berdoa dan sujud padanya. Dia mudahkan segala-galanya. Sabar itulah jawapannya.

Alhamdulillah, hampir semua harapanku tercapai tahun 2014. Harapan yang paling ketara pabila aku dapat rasakan saat-saat aku lepaskan satu bebanan yang amat berat yang tertanggung selama bertahun2 sebelum ini.

Moga tahun 2015, membawa sinar dan harapan baru pada semua.

MUCH LOVE!!





#positivethinking #muslimthinking


BAB 5 : Wasiat Buat Waris




Masa bukan lah milik kita. Setiap detik, setiap saat kita akan diperhatikan. Masa juga ujian sebenarnya. Bagaimana kita nak memanfaatkan masa? Ada orang yang sebuk akan berkata tak cukup masa. Tapi bagi yang tak tahu apa nak buat, terasa masa berlalu sangat lambat. Mula mengeluh, padahal mengeluh itu sangat lah tidak disukai oleh Allah S.W.T. Mengeluh seolah-olah tidak mensyukuri nikmat yang diberi-Nya. Hanya orang-orang yang mensyukuri nikmatnya akan menghargai masa.


"...Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya".
QS. Al-Isra’/19:44



 ZIKIR

Wasiat zikir. Peraturan Allah S.W.T sebenarnya mudah. Tapi bisikan-bisikan yang menjadikannya susah. Kadang kala tidak tetap pendirian menjadikan hati mudah memberontak dengan pelbagai soalan. Jawapan akan dapat dengan jelas, jika diri sendiri yang membuat kajian. Sejak kecil kita di ajar mengenai A-Quran tapi tidak mengenali dan memahaminya. Jawapan tidak boleh hanya bergantung pada fikiran yang waras. Tapi ilmu, ilmu yang jelas samaada melalui membaca atau bertanya pakar. Kalau bergantung pada kewarasan akal fikiran sendiri. Akal hanya mampu membuat andaian bukan keputusan.

Dengan kalimah "Laa ilaaha illa anta" kita memohon perlindungan-Nya demi masa hadapan kita. Dengan ucapan "Subhaa naka" kita menariknya ke dunia kita dan dengan kalimah "Inni kuntu minaz zaalimin" kita menariknya ke dalam jiwa kita. Maka masa hadapan kita akan beroleh nur keyakinan Al-Qur'an. 

Dengan berzikir juga, tubuh seseorang yang meninggal dunia tidak mudah reput di telan bumi. Banyak peristiwa apabila berlaku pepindahan tempat perkuburan lama, pasti ada mayat yang masih segar seolah-olah baru dikafankan. Subhanallah, setelah di kaji sepanjang hidupnya arwah dekat dengan Al-Quran. Sering berzikir dan memuji kebesaran Allah S.W.T. Nyata benar Allah S.W.T ingin menunjukkan kekuasaannya supaya hambanya beriman dan berpegang teguh pada ajaran Al-Quran. Hanya manusia yang berakal dapat mengambil pengajaran di sebalik kekuasaan yang Allah S.W.T tunjukkan.


"Dia Dekat, sedangkan aku selalu menjauh."

"Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar yaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah, mereka mengucapkan “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun ( sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali)."


QS. Al-Baqarah /2:155-156

BAB 4 : Wasiat Buat Waris




Manusia dikurniakan seketul hati dalam tubuh mereka. Hati yang perlu di jaga. Hati yang perlu di semai. Di semai dengan Iman. Amanah Allah yang terdapat dalam tubuh manusia. Amanah yang akan di soal di Akhirat. Kalau baik hati itu, maka baiklah segala anggota lainnya. Sama ada luaran atau dalaman. Begitu juga Al-Quran, hati Al-Quran adalah Surah Yasin.

"Telah bersabda Rasulullah SAW, sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan  hati Al-Quran ialah Surah Yasin, sesiapa yang membaca Surah Yasin, nescaya  dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya."
( HR At-Tarmizi dari Anas r.a )


















SURAH YASIN



Selesai menunaikan solat taubat, masing-masing tanpa di beritahu terus  mencapai  Al-Quran. Berkumandang seisi rumah dengan ayat-ayat suci Surah Yasin. Setiap bait ayat surah yang di baca sangat mendamaikan. Tambahan pula, jika pembacanya mempunyai suara yang merdu dan kena dengan rentak-rentak bacaan tajwidnya.

Saat beginilah yang diharapkan oleh ibubapa yang sedang sakit. Anak-anak bersatu hati untuk memohon kepada Allah SWT mendoakan mereka ketika  sedang berjuang dengan malaikat maut. 

Di harap juga urusan mereka lebih mudah,  tidak  terhalang oleh dosa-dosa lampau. Hanya doa anak-anak yang soleh dapat menyelamatkan mereka ketika kaki dan tangan mula kaku, lidah tidak dapat lagi berbicara. Hanya linangan airmata yang  menggambarkan segala-galanya.

Suasana malam berlalu dengan cepat. Semua yang dijadikan dan diciptakan tentu ada sebab nya yang tersendiri. Dialah yang maha mengetahui ( Al-Aliim ). Dan manusia dikurniakan akal untuk berfikir daripada kisah-kisah teladan yang digambarkan dalam Al-Quran. Juga daripada perkara yang berlaku sehari-harian.

Kalau tidur, memang sedap. Terpaksalah melawan diri yang satu itu. Aku menganggap diri ku seperti di bahagi dua bahagian. Satu bahagian mengajak ke arah kebaikan, dan satu bahagian lain asyik melawan untuk tidak melakukan kebaikan. Diri sendiri lah yg perlu melawan diri kita sendiri dalam menentukan arah tuju hidup masing-masing.

Kata orang kalau ikut hati mati. Musuh jangan di cari. Tapi musuh paling hampir adalah diri sendiri. Cubalah lawan diri sendiri terutama dalam mengerjakan solat lima waktu. Syaitan sentiasa ingin manusia tergelincir dari landasan solat. Sebelum landasan itu mula rapuh dan reput. Landasan perlu lah di pantau dan diperbaiki dari sehari ke sehari. Supaya tidak sama-sama terjunam ke jurang neraka. Bila sudah reput, mungkin kesannya bukan pada diri kita sahaja tetapi orang di sekeliling kita iaitu ibubapa dan suami tentunya. Merekalah yang akan menanggung dosa kita di akhirat nanti.


"Daripada Ma'qal bin Yaasar r.a bahawasanya telah bersabda Rasullullah SAW, "Hati Al-Quran ialah surah Yaasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan di ampun oleh Allah dosanya dan bacalah Surah Yaasiin kepada mereka yang hampir akan mati dan selepas mati."
                                                                                ( HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasaai)

Daripada Anas ra ia berkata: Rasullullah SAW telah bersabda, " Sesiapa yang membacaSurah Yasin pada suatu malam kerana mengharapkan keredhaan Allah, maka dia akan mendapat keampunan pada malam tersebut."


( Hadith Dhai'f )



                 



                                “HATI AL-QURAN,
SURAH YASSIN”

Bab 1 : Miss_Pepero





"Aghhh....malasnya!"

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Bangun lewat, tidur lewat. Begitulah kebiasaan hari-harinya. Tidur lewat disebabkan mengadap handphone kesayangan, bersosial di internet. Hanya bangun apabila tiba masa untuk ke tempat kerja. Bangun paginya, pasti handphone dicarinya dahulu.

"Morning B!"
Tanpa dia sedari, dia telah mengaibkan dirinya sendiri dengan menyapa kekasihnya sedemikian.
Kaki berat melangkah keluar dari bilik. Tuala di capai. Niat membersihkan diri dimatikan apabila telefon bimbit mula berbunyi.

"Baru bangun ke?" terpapar massage dari kekasih hati.

" Alamak! kantoi la....malunya." namun otak nya yang bergeliga cuba untuk melencong dengan ayat yang lebih menarik.

" Takk... B kan lupa sayang pagi ni, selalu said morning to me?" pehh!, lega bila ayat mengena mula dipusingkan. Sambil dalam hati ketawa kecil.

Kekasih hati di layan. Hampir satu jam melayan kekasihnya di telefon, hingga dia hampir terlupa waktu punch card semakin hampir. Kekasih hati digesanya supaya menghantarnya ke tempat kerja. Dengan masa yang agak lewat sudah tentu sukar untuknya mendapatkan kenderaan awam.

Tapi apakan daya, kekasih sedang bekerja dan sukar untuk keluar pejabat pada waktu berkenaan.


Selesai solek dan berpakaian serba hitam. Langkahnya malas menuju ke pintu. Jarak untuk mendapatkan kenderaan awam agak jauh. Kenderaan sendiri belum mampu dimilikinya sebab asyik bertangguh.

.....................................................................................................

"Kau dah sarapan?" tegur Aina kawan baiknya.
"Belum lah , aku bangun lambat tadi". Seperti biasa jawapan sama diberikan buat Aina pelik.

"Pelik la , selalu cakap TER lewat bangun. Ke...memang saja-saja bangun lewat?" Aina mula serkap jarang. Perkataan TER sengaja dikuatkan.

grlupp...Ima mula telan liur yang ketat.

Pastinya dia dapat mengagak apa dalam fikiran Aina.

"Betul lah, lepas subuh selalunya aku tertidur balik. Sebab tu jadi macam ni." Ada saja alasan diberikan kepada Aina.

" Aku tak cakap pun salah. And tak mintak pon penjelasan." tersegeh-sengeh Aina menyakat Ima.

Kata Aina, dia sempat sediakan sarapan, cuci pakaian malah sapu sampah lagi sebelum keluar bekerja. Gadis kecil moleh itu sungguh aktif. Membuatkan Ima kagum dengannya. Kalau dia, tunggu cuti seminggu sekali je lah jawabnya.

"Lantaklah kau ni, cakap salah.. tak cakap pon salah. Baik aku sambung kerja aku ..lagi bagus!"

Ima mula mengangkat kaki menuju ke kaunter melayan pelanggan. Pelanggan semakin ramai. Maklumlah hari minggu. Promoter sahaja susah dapat cuti hari minggu, sebab waktu tu lah pelanggan akan berpusu-pusu. Banyak pelanggan yang membeli, banyak lah komisen yang akan di terima nanti.

Kadang-kala, hanya disebabkan barang terjual dengan banyak mampu menitikkan perasaan iri hati pada rakan-rakan yang lain. Mana tak nya, tentu akan ada habuannya hujung bulan nanti.

" Kenapa pulak nak jelous. Aku buat keja, aku dapat lah." Kadang-kadang naik angin juga Ima dengan sikap rakan sekerja. Kalau barangnya terjual banyak, pasti ada yang iri hati. Siap boleh kira gaji dia dapat nanti. Kepoh promoter memang berbisa.

"Hati pelanggan perlu lah jaga, kena layan baik-baik. Kalau aku, walaupun barang tu mahal...dia layan baik, aku beli jugak barang tu."

"Haa...mcm tu lah, aku layan diorang pon. Hati kena iklas beb! Baru orang suka. Cuba letak diri kita kat tempat diorang. Ini tak, bila pelanggan tak beli, dimakinya kat belakang. Tak halal rezki nanti beb, maki-maki orang."

Tips yang agak berguna bagaikan seorang penceramah lulusan PHD dihadiahkan kepada rakannya.

"Sabar ya....Dr. Ima.. hampir setahun, kita dalam bidang ni kan. Memang ada perkara macam ni kat mana-mana pon. Sebabbb....." Aina mengangkat kening bagaikan memberi isyarat.

"Hati manusia tak akan puas!" mereka berkata serentak sambil ketawa terbahak-bahak.

"Aku kan Ima, sejak kerja promoter ni baru aku faham." tiba-tiba Aina menyatakan sesuatu.


"Faham apa.? Ima cuba dapatkan kepastian.


"Sebelum ni kalau aku pegi shopping complex, kaunter ni tak ada orang..tapi kaunter sebelah ada orang. Bila aku minta dia ambilkan saiz kasut la contohnya kan. Dia boleh buat tak tau ja. Haih.. angin jugak aku dibuatnya." 


"Habis tu...apa masalahnya." Ima menyampuk sambil menyusun barang jualan.


"Rupa-rupanya semua pasal komisen. Kalau tak ada komisen yang lain pon malas nak tolong. Sekarang ni minta tolong pon kena bayar...emmm." Aina jelaskan sambil memuncungkan mulutnya.


"Baru kau tau. Air kosong pon kena bayar 20 sen. Masuk tandas plak 30 sen. Nak masuk dan keluar air dalam badan pon kena bayar tau. Ingat free..hah memang tak lahh." 


"Sebelum kaki bodek tu datang, baik kau blah." Ima memberi isyarat pada Aina sebelum di tegur. Kiri...kanan pasti ada yang memandang. Maklumlah kerja di tempat awam. Sukar untuk berborak lama-lama.  Nanti ada saja penyampai berita.

Begitu lah kehidupan Ima Alesya sehari-harian. Kerja, rehat, makan, tidur and repeat. Keluar rumah 8.00 pagi, balik 10.00 malam. Keletihan dirasainya teramat sangat. Hampir tiada waktu dengan diri sendiri. Tiada apa yang berubah dalam hidupnya. Tiada pula usaha lain dilakukannya. Cita-citanya seolah-olah kosong. Harapan ada, cuma takut untuk mencuba.
...........................................................................................

"Ima, tak cuba cari kerja lain ke?" Soal kakaknya satu hari. 


"Susah dapat kerja sekarang ni kak. Ima buatlah dulu ape yang boleh. Memilih sangat nanti mengangur pulak. Lagipun Ima ni SPM je kak." mesti ada saja jawapan dari Ima.


"Sekurang-kurangnya, cari kerja yang ada potongan kwsp. Ada juga simpanan untuk hari tua nanti. Ini tak, part time je kan? Komisen dapat cikit. Lepas tu kalau cuti kelepasan am, orang lain dapat gaji double. Adik macam tu je." bebel kakaknya.


"Sabar la kak, tak nak behenti dulu. Sambil-sambil adik cari lain nanti." Dalih Ima cuba ingin menamatkan perbualan yang bosan tu satu hari.



Dalam usia 19 tahun, angka yang masih muda rakan sebaya usianya rancak mengatur perjalanan hidup. Ada yang menyambung pelajaran mengikut bidang yang diminati. Tapi Ima hanya mengikut perjalanan hidup yang telah ditentukan.

Pastinya, tanpa usaha kehidupan tak akan berubah. Hidup tiada matlamat sentiasa terumbang ambing. Bukan sahaja tidak yakin dengan diri sendiri, malah tidak yakin dengan kewujudan tuhan.
Tanpa keyakinan. Hati mudah rapuh, iman mudah tercalar.


BAB 1 : Wasiat Buat Waris




Sedar atau tidak sedar, terlalu banyak nikmat yang Allat S.W.T berikan kepada hamba-NYA. Antara nikmat-NYA adalah nikmat tidur. Bagaimana cara kita untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita? Alhamdulillah! Ucapan syukur yang sangat mudah. Tanda hamba-NYA mensyukuri segala nikmat-NYA juga adalah dengan sujud kepada-NYA. Solat juga nikmat dari-NYA. Setiap gerak geri dalam solat menunjukkan betapa kita mensyukuri dan mengakui akan wujud-NYA, Allah S.W.T dalam jiwa kita.


"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan ( dirikanlah ) sembahyang subuh sesungguhnya  sembahyang subuh itu adalah disaksikan ( keistimewaannya )."

Surah Al-Isra, ayat 78


 SOLAT 5 WAKTU

Dalam mendidik, memerlukan kesabaran. Walaupun mengakui diri tidak sempurna. Kadang-kadang dalam menegur dan mengingatkan orang lain. Kita sebenarnya menegur dan mengingatkan diri sendiri. Manusia perlu ingat mengingati, kerana sifat manusia mudah lupa. "Janganlah kamu tinggal serumah dengan orang yang tidak mempedulikan kamu atau tidak menegur kamu." Terutamanya soal solat.

Pada awalnya, aku bukanlah seorang yang mendirikan solat secara tegar. Jahil dengan ilmu tentang solat. Apa sebenarnya solat? Tak pernah aku ambil peduli pada awalnya. Tapi keinginan untuk mempelajari ilmu sedikit demi sedikit akhirnya aku menjadi takut untuk meninggalkannya. Tanpa solat aku tak senang duduk.

Aku mula mencari buku-buku yang berkaitan dengan solat.  Zaman sekarang penggunaan IT tak jadi satu masalah  untuk mendapatkan sesuatu info dan jawapan yang ada di benak fikiran. Tekan sahaja soalan, pasti keluar jawapan.  Subhanallah, semuanya mudah untuk mencari ilmu sekarang ini.  Keinginan manusia sahaja yang belum dapat mengatasi hawa nafsu.

“Aku bukan tak nak solat, tapi rasa berat sangat nak buat.” antara jawapan dari seorang sahabat bila di tanya soalan tentang solat. Di sini musuh paling utama adalah diri sendiri. Lawan...lawan sikap yang satu itu tanpa henti. Sebenarnya bukan rasa berat, tapi tak pernah buat. Cuba solat.... solat dan solat. Cabar diri, dekati Ilahi.

Manusia ada satu sikap iaitu tabiat ataupun habit. Tabiat akan menjadi kebiasaan. Begitu juga solat yang merupakan rutin harian dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Mengerjakannya tidak perlu berbayar malah kita umat islam akan dibayar di Akhirat kelak. Insyaallah.


 SOLAT! SOLAT! SOLAT - Wasiat terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Aku juga mempunyai perasaan begitu dahulu. Aku sering melakukan solat sunat taubat untuk meringankan hatiku yang berat. Bila hatiku berat lagi, aku akan ulang mandi hadas dan solat. Tujuanku supaya mandi hadas dapat membersihkan segala kotoran di tubuh yang diketahui atau tidak aku ketahui. Semua manusia akan diuji. Sikap malas ujian juga sebenarnya. Aku cuba bangun mengambil wuduk. Terasa tenang dengan berwuduk. Untuk membuktikan diri sendiri boleh buat dan aku yakin aku boleh buat. Alhamdulillah, sehingga saat ini solat menjadi keutamaan. Solat bukanlah bebanan yang perlu dipikul sebenarnya. Tapi meringankan segala bebanan yang sedang kita hadapi bukan hanya di dunia, tapi di akhirat. Sebaik-baik masa rehat adalah solat.

Cinta pada solat akan wujud bila melakukannya berkali-kali. Seolah-olah berkali-kali bertentang mata dengan ilahi. Keikhlasan mula dirasai, cinta mula turun di hati. Bukan hanya menanti keikhlasan datang sendiri.

"Segala puji bagi Allah di atas kenikmatan yang diberikan-Nya."



            “CABAR DIRI,
                              DEKATI ILAHI”









Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks