MH370 vs MH17



Assalamualaikum.


Innalillah hiwainna ilai hira ji u'n...

Al-FATIHAH!

Subhannallah, cukup besar ujian yang Allah S.W.T berikan pada Negara ku Malaysia tahun ini. Namun tak sebesar ujian yang Allah S.W.T berikan pada negara-negara yang lain, terutamanya Gaza, Palestine.

Syukur Alhamdullah, kerana disebalik musibah. Mungkin ada hikmah yang ingin ditunnjukkan pada hamba-hambanya.

" Everhing happen...its happen for a reason"

Pertama kali aku terkesan dengan kejadian MH370, hingga kini masih tidak diketahui kedudukannya. Aku tersentak bila melihat berita mengenainya di kaca tv. Hari-hari aku tidak lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangannya.

Doa demi doa, moga MH370 balik ke pangkuan Malaysia tidak jemu aku untuk menadah tangan kepada yang Maha Esa. Begitu juga seluruh rakyat Malaysia yang lain. Kerana terlalu mengharapkan berita penemuan MH370, satu malam aku bermimpi satu pesawat jatuh di dasar lautan. Penumpang selamat, ada yang luka-luka kecil sahaja. Mereka berjaya sampai ke satu pulau yang pantai nya cukup putih dan bersih. Masing-masing mula membantu/ memapah rakan-rakan yang lain yang cedera di kaki supaya boleh naik ke pantai. Tapi aku tidak pasti sama ada itu adalah pesawat MH370 atau tidak. Mungkin hanya mainan tidur kerana terlalu mengikuti perkembangannya hampir setiap hari. Aku beristiqfar, setelah sedar dengan jantung yang berdegup kencang dan berpeluh. Aku terus menadah tangan, moga dimudahkan urusan mereka dunia mahupun akhirat dan moga Allah S.W.T memudahkan urusan pencarian mereka. Selepas peristiwa aku mimpi mengenai pesawat, heboh di media mengenai mimpi oleh orang lain...ustaz la dan sebagainya. Terutamanya melalui media FB yang cepat tersebar. Timbul pula seseorang yang menaiki pesawat, balik dari menunaikan umrah ternampak pesawat tersebut. Tapi aku selesa hanya menyampaikan ceritaku pada ahli keluarga terdekat. Hari ini aku menulis sebab ingin mengingati diriku sendiri mengenai peristiwa tersebut.



"Malaysia! Bentukmu kecil, kini menjadi perhatian Dunia."


Kehilangan MH370 bukan sahaja mencipta sejarah buat Malaysia, malah Dunia. Peristiwa kehilangan pesawat awam Boeing, tidak pernah berlaku di mana-mana sebelum ini. Saat inilah, Malaysia mula menjadi perhatian Dunia. Apa yang terlintas di fikiran aku? Malaysia kecil berbentuk seperti jantung. Seolah-olah Malaysia lah Jantung dunia. Aku dapat lihat, Malaysia berjaya menggerakkan kerjasama bersama kuasa-kuasa besar untuk mencari MH370 tersebut. Itu antara kejayaan besar Malaysia, bagi aku. Semua negara bersatu untuk menuju ke arah satu tujuan iaitu MH370.

*Kadang-kadang terkilan, wartawan luar negara menulis Malaysia sebagai Indonesia.


"MH17 DI TEMBAK JATUH"

Lagi sekali Malaysia digemparkan dengan berita pesawat. Kali ini pesawat Malaysia MH17 di tembak jatuh.

"Sesungguhnya dari-Mu kami datang, kepada-Mu kami akan kembali."

Tiada kata yang dapat aku ungkapkan. Hikmahnya, walau di mana pun kita selagi berada di atas muka bumi ini. Kita hanya milik Allah S.W.T. Kepada-Nya lah kita akan kembali, tidak kira bagaimana dan di mana. Daripada bercakap yang bukan-bukan, lebih baik muhasabah diri sendiri.

Ujian yang Allah S.W.T berikan kepada orang-orang di sekeliling kita, adalah ujian untuk diri kita sebenarnya. Bagaimana kita mengambil peristiwa itu sebagai peringatan untuk diri sendiri?

Syukur Alhamdulillah, sebahagian mayat rakyat Malaysia telah selamat disemadikan. Yang paling aku terharu, yang terawal pulang masih dalam bulan Syawwal. Itu janji Allah S.W.T padanya, untuk pulang menyambut raya pada bulan Syawwal. Mula timbul soalan dalam diri, Bagaimana cara aku mati nanti? Sempurnakah? Apakah janji Allah S.W.T pada diri ku? Air Mata ini milik-Mu, dan aku menangis kerna takutkan-MU. Ya Rabb......




"Suasana pilu,
       K, bYE!!"







No comments:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks