TABITA SKINCARE vs SF BEAUTY




Yahooooo....


"Tabita dah sampai!" 


eh?? Assalamualaikum .:) hikhik





 **Ini saya punya**:)


    Dengar bukan main lagi Produk kecantikan Tabita Skincare ni mendapat sambutan dihati rakyat Malaysia kini ye!. Termasuklah kita ni!! hehehe. Kononnya tabita memang bagus, x mengelupas dan dipakai oleh pramugari2. Wahhhh dengar je terus terbayang2 diri menjadi pramugari sekejap kihkihkih.. Wanita memang mcm tu, pantang tau kalau dah jumpa dgn produk yang boleh membuatkan diri si wanita menjadi lebih cantik terus berkobar2 tanya pakcik google kan kan? Sian pakcik google menjadi mangsa kah kah kah :)

   Okay lah! tabita ni asalnya dari Indonesia, negara jiran. Satu hari tu, kita pon pergilah ke pusat beli belah ni.Sampai saja terus cari Produk tabita tersebut, kalau2 ada terdapat di stokis2 berkenaan. Bila fikirkan produk tu asal dari Indonesia, kita pon carilah stokis warganegara berkenaan dan mula bertanya :

"Ya mis boleh saya bantu?", Stokis.


"Kak, ada tak produk tabita jual kat sini?" Aku mula bertanya.


"Oh! Tabita mahal tu! kenapa tak pakai produk lain?" Tapi kalau nak adik boleh tempah dulu"


"Saya memang cari produk tu sekarang, nak cuba?" kataku sopan.


"Tabita tu mahal dik, adik tahu orang yg buat tabita tu jerawat banyak". Katanya tadi membuat aku tersentak. 


"Oh! ya ke kak. habis tu kenapa mahal sangat ya? soalku lagi.


"Sebab dah masuk ke Malaysia. Kalau kat sana tak mahal pon"


"Ye la..biasa lah tu kan,bisnes kaaak!!" Kataku selamba sambil bergerak meninggalkan kedai berkenaan dengan perasaan hampa dgan sikap penjual yg macam tu. Orang nk beli pon x nak kannnn.. emmmm...xfaham??



   Di pejabat, kawan baik sorang ni dah pakai tabita tau. Nampak perubahan pada wajahnya, sampaikan tahi lalat manis di wajah pon habis dikeluarkan dek kerana tabita ni. Tapi kataakawan saya ni x mengelupas pon. Hatii yang dah lama teringin ni pon mintalah kawan ni orderkan. Kebetulan ada diskaun tau hehe...alhamdulillahlah ada kawan mcm u kan! Hari ni hari pertama pakai tabita...tak sabar nak engak result nanti. jeng jeng jeng......Tapi aku ni biasalah, cepat bosan dengan produk2 kecantikan. Banyak dah yang cuba, x semua yg sesuai dgn kulit wajah. emmmm ...penat2.

   Hari pertama pakai tabita ni, terasa pulak produk dia sama macam produk yang aku penah pakai sebelum ni, SF BEAUTY. Sf memang ok, cuma biasalah bosan mulalah kejap pakai kejap x pakai. Macm mana nk berkesan kan hehe...habit aku lah tu :).


...::* Tabita Skincare vs SF Beauty*::....

    Apa bezanya Tabita SC dengan Sf Beauty ni ek?? ok lah...bagi saya lah kan.Orang lain saya tak tahu ok. Krim malam dengan krim siang kedua2 produk ni sama ja. Yang bezanya dari segi pencuci muka dan toner. Sf beauty tak ada toner ok, ia lebih simple dan mudah untuk dipakai. Kedua-dua produk ni mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kadang2 ergantung pada kulit muka kita boleh terima atau tidak sesuatu produk tu. Dan pengguna boleh memilih bajet yang sesuai dengan produk dimana SF Beauty lebih murah sebab buatan tempatan..yang asal dari kelantan.




..:::* Krim Siang *::....

    Saya ni suka mencuba, tak kisah lah yang mana satu. Yang pasti kedua-duanya ok. Tengok bajet poket sendiri dah la ya.. hehehe..

....::* Krim malam*::...

     Malam ni penat lah sikit. Banyak plak membebel...x sabar ni nak pegi pakai krim malam tabita, Harap2 ok lah ya...emmmm dah beli mahal kowt hahahaha...niat tu biarlah betul,,walaupun memakai kosmetik ok. Cantik di pandangan Allah, Cantiklah di pandangan manusia.

    Satu lagi...kalau ada yang berminat dengan SF Beauty boleh dapatkan di blog ini ya

 http://quxaracollection.blogspot.com/  . 

Yang terbaik hanya dari ohara blogspot ni. :)

I'AM OK, U OK!! :)

#AkuTakLayakUntukKeSyurgaMu,TapiTakSanggupUntukKeNerakaMu



5 Tip Kecilkan Paha


Selain perut bhagian paha antara yang sukar unuk dikecilkan, namun mudah pula untuk membesar. Oleh itu agar paha sentiasa kecil sesuai dengan tubuh badan kita, amalkan senaman berikut. Mudah saja! :)

1. Menaiki Tanggga.

    Pilih menaiki anak tangga berbanding menaiki lift antara pilihan senaman yang mudah dan murah. Ia boleh membantu menurunkan lemak paha dan juga meningkatkan metabolisme sehingga otak akan bekerja lebih efektif dalam memangkas lemak.

2. Berjalan Cepat.

    Aktiviti ini adalah salah satu latihan kardio. Seiap langkah dapat membakar kalori sekali gus meningkatkan kesegaran tubuh. Lakukan aktiviti ini selama 15-30 Minit. Sekerap yang kita sukalah ya:)

3. Berbasikal.

    Aktiviti ini membuat otot kaki lebih kuat dan meningkatkan stamina serta ketahanan otot-otot paha.

4. Berjogging.

    Berlari juga boleh dikatakan sebagai bentuk latihan ketahanan otot kaki. Setiap langkah larian akan menguatkan otot kaki dan paha. Lakukan secara rutin sekurang-kurangnya 30-60 minit setiap hari.

5. Minum air putih mencukupi.

    Air membantu meningkatkan metobalisme tubuh. Ini kerana dehidrasi akan kekurangan cairan merupakan keadaan yang boleh mengganggu metobalisme tubuh untuk mengubah lemak sebagai tenaga. Langkah terbaik, pastikan kita tidak minum hanya apabila berasa dahaga sahaja. Sesetengan kita memang susah nak minum air kosong. Tapi cubalah walaupun air mineral setiap hari yang dibeli dari stesen minyak shell haha :)

I'M OK. U OK.... wink :) wink :)

Cinta Oh!! Cinta


Sejauh mana pentingnya cinta??

Diri sendiri pon kdg2 x mengenal cinta. Cinta kalau nak dilihat remeh ia memang remah, tapi kalau hendak diambil motivasinya, menggunung kita akan peroleh. Cinta penting, tapi jangan dipentingkan sangat. Cinta yang terlalu dipentingkan akan menyebabkan manusia berjalan bengkok, pandangannya jadi keliru, timbang taranya selalu silap.

Yang betul, terima cinta seadanya. Islam mengajar kita menyukai sesuatu itu jangan terlebih-lebih sangat. Sebab takut bila terlalu benci kita akan terlebih2 membenci. Islam menyuruh kita ala kadar membenci sebab kita tak tahu pada masa akan datang mungkin kita akan menyukainya pula. Apa jadi kalau sudah terlalu membenci tiba2 suka pula?? Malu ?? takot ?? semua ada kan?? :)

Okeylah, pendek kata cuba lihat situasi berikut.

Apakah kita sedang di perhati atau memerhati seseorang? Kita tidak akan tahu sehinggalah dia menyatakan perasaannya terhadap kita. Kita juga tak akan tahu perasaan hati kita sendiri sehinggalah perasaan itu disahut olehnya.


The True love, if you love..




Pada ketika ini adakah kita sedang dicintai,bercinta atau mencintai?
Apabila kita bersama dengannya kita akui dia istimewa, tapi kita pura2 tidak peduli. Tapi bila dia tiada, kita akan tercari-carinya pula. Pada ketika ini kita sedang dilamun perasaan cinta.

Walaupun ramai disekeliling kita, tapi perhatian hanya tertumpu padanya. Itu tandanya kita sudah jatuh cinta.

Sepatutnya dia telah menghubungi kita lama sekembalinya dari satu perjalanan yang jauh, tapi telefon  tetap membisu. Menantu dengan kecewa dan penuh mengharap. Itu tandanya kita sedang dilanda arus cinta.

Kalu tiba-tiba berasa sangat gembira hanya oleh sepotong ayat SMS daripa seseorang yang dirasakan istimewa pada kita. Maknanya kita sedang tenggelam dalam alam percintaan.

Katakan seorang wanita yang ego dan tidak mengakui hal ini dan sentiasa berkata pada diri sendiri, Dia hanya kawan biasa, Tapi tidak berjaya memadam namanya atau wajahnya dari ingatan. Pada ketika itu,Wanita itu sedang bercinta.

Lebih ketara apabila sedang membaca novel yang sangat menarik, tiba-tiba muncul seseorang dalam minda. Maka kita sedang bercinta dengan orang berkenaan.

Kita berasa resah gelisah kalau tak mendengar suaranya. Semuanya jadi malap kemudian segar bugar, lapar jadi kenyang, mengantuk menjadi terang. Apa lagi kalau bukan cinta.

Kita jadi cemburu apabila dia terlalu banyak memuji kecantikan wanita lain. Eh! apasal pulak aku nak cemburu ni? x lain sebab arus cinta sedang berputar dalam diri ketika itu.

Lebih lucu apabila kita rasa sayang nak buang apa jua pemberiannya, Cik ted kecil? besar? gelang(walaupun dh putus)? gambar? dan kita juga sukar melupakan tempat2 perjumpaan pertama jika melaluinya...terus senyum sendiri.

Hah! itulah misterinya cinta. Kita tak akan mengetahui selagi tak melaluinya. Umpama magnet ikatan 2 hati pemberian ilahi. Cinta x semestinya memiliki, perasaan cinta itu yang perlu kita syukuri. Keindahan cinta dalam hati.

emmmm....in love again :). ketika menaip ni, muncul seseorang dalam ingatan. Juga anda yang membaca artikel ini, muncul x seseorang dalam ingatan :) in love yaaaa :)

c/p - Dr. Tuah

Say no to BF/GF, 
      Just say lets Marrige :)

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks