Setiap tahun, kita sedia maklum dengan kenaikan harga rumah. Hartanah dijadikan sebagai pelaburan untuk kehidupan akan datang. Di Pulau Pinang sendiri, kebanjiran hartanah bagai "cendawan tumbuh selepas hujan" tidak dapat dinafikan. Setelah diteliti harga rumah, mampu kah rakyat tempatan dan golongan muda memiliki rumah tersebut?
Masalah
ini juga dihadapi oleh golongan muda yang baru ingin memulakan pekerjaan dan
menyambung pengajian. Golongan muda ini selalunya merantau dan bukan penduduk
tempatan. Perkara pertama yang difikirkan oleh perantau selalunya penginapan
untuk keselesaan dalam tempoh yang agak panjang. Baru-baru ini setelah diteliti
harga sewa rumah, jawapan nya agak memeranjatkan.
Harga
rumah sewa di sekitar banda raya semakin tinggi. Tidak kurang juga harga sewa
rumah yang jauh dari bandar, makin mencecah seribu ringgit sebulan. Jika di
lihat kadar sewa sebulan jika RM1000.00 + RM1000.00 deposit sebulan + RM300.00 deposit
api dan air = Jumlah bulan pertama RM 2300.00 perlu sedia kan oleh penyewa.
Angka begini sudah tentu lah membebankan golongan muda yang baru ingin
memulakan pekerjaan dan pelajar yang tidak memiliki pendapatan tetap.
Kadang-kadang apa yang terlintas di fikiran golongan yang tidak berkemampuan
ini adalah cekik darah. Ada kah tuan rumah terlalu tamak untuk mengenakan caj
sewa? Atau tuan rumah juga terdesak untuk membayar harga rumah bulanan
disebabkan membeli rumah yang lain juga? Hanya mengharapkan duit sewa untuk membayar
balik ke pihak bank? Siapa pula yang menjadi mangsa keadaan? Jika ini
berleluasa, yang tidak mampu akan terus di tindas. Adakah satu hari nanti
berlaku kereta di anggap sebagai rumah? Seperti berlaku di Los Angeles. Tidak hairan jika perkara ini telah berlaku.
Kadar
sewa rumah yang tinggi ini juga disebabkan oleh pihak ke tiga iaitu agen.
Penggunaan agen untuk mencari penyewa rumah sangat berleluasa. Melalui agen,
harga rumah sewa akan meningkat sekali ganda. Apa yang ditakuti agen meletakkan
harga rumah sesuka hati. Dan lebih mengerikan jika rumah yang dikatakan tiada
atau sudah berpenghuni. Penyewa yang ingin menyewa rumah perlulah lebih
berhati-hati sebelum membuat apa-apa bayaran.
Setelah
diteliti, harga rumah di bawah RM500 terdiri daripada rumah yang usang dan
keadaan sekitar yang agak menyeramkan. Kemudahan awam juga terhad menyebabkan
penghuni perlu keluar jauh untuk mendapatkannya. Apa yang dibimbangkan juga
keselamatan. Malah rumah yang lebih rendah harga sewa nya kebanyakannya dipenuhi
oleh warga asing. Suasana tempat penginapan begini akan menjadi bising dan
kotor. Sedar atau tidak sedar, rakyat tempatan pula yang terpaksa menjadi
pelarian disebabkan kadar sewa yang tinggi.
Badan-badan
tertentu perlu lah memantau perkara ini
agar tidak berlaku
“ Bila terhantuk baru nak sedar”. Kenaikan harga rumah tak boleh di kawal kata nya. Inikan pula sewa rumah.( Garu pala ) hehe....
"Its True,
Its happen."
No comments:
Post a Comment