Hepy weekend olz!!
Kejadian 2 April 2013 yang masih segar dalam ingatan. Nak kata April Fool...kita islam x sambut April Fool ok. Memang kecohlah satu minggu kat opis sejak peristwa hari tu.
Selepas keluar makan tghari that day..aku dan kawan rapat sorang ni terkocoh2 ke Surau pejabat bagi menunaikan Tanggungjawab sebagai hamba Allah. Alhamdulillah selepas selesai solat kami pon bersiap2 untuk sambung semula waktu bekerja yang tinggal 3 jam saja lagi perlu diselesaikan. Itu pon jika tiada tiada kerja tambahan. Kalau ada kerja tambahan jangan haraplah boleh balik awal kan..hehe.
Sebelum membuka pintu surau, rakan aku yang suka bergambar ni minta supaya mengambil satu gambarnya dalam surau..maklumlah mekap dh fresh balik mesti cantik bergambar. Aku pun tanpa banyak membantah mulakan sesi snap2, lagak profesional gayanya hahaha..Terdetik dlm hati "eh!camera ni save aotu rupanya? oklah tu. Sbb camera aku punya x pulak save aotu! hikhik ketinggalan teknologi rupanya aku. Selepas ambil gambar tanpa melihat hasilnya, terus aku serahkan hp baru lagi mahal tu kepada tuannya.
Sedang aku menoleh nak keluar dari pintu surau, tangan aku ditarik dan dipeluk. Kawan aku kata "eh heeeeee...tgk la gambar ni!tgk la gmbr ni! agak terketar2 suaranya menahan takot. Aku pon jadi pelik dan dup dap dup dap jantung nak lihat apa yg ada dalam gambar tu. Selepas aku tengok...Ya Allah!..Ikhtifar...ayat kursi...semua dah keluar dari mulut tak henti2. Kami mula berpelukan dengan cepat meninggalkan surau berkenaan.
Sampai sahaja di kaunter pertanyaan. Kami mula mendekati teman seopis dan menceritakan perkara berkenaan sampai nak menangis. Rakan lain melihat gambar berkenaan...nk percaya ataupon tidak, masing2 mempamerkan aksi melihat gambar tersebut. Semakin lama semakin ramai membanjiri kawasan berkenaan, masing2 nk tahu hal terbaru itu. Msing2 dgn persepsi masing2 hahaha.... yg x percaya pula mula beredar utk meneruskan kerja. Yang accited plak, minta gambar secara whatsapps.
Mana tak nya gambar hantu bergaya dengan rakan aku tadi dah jadi story hangat.
Sedang aku menulis ni...tiba2 cermin dalam bilik aku jatuh!terkezutttt makcikk....tv plak terpasang cerita cari hantu di tv7..Hai mcm2 dugaan nk story bab hantu ni..seram sejuk!
Yang ramai2 tadi mulalah meninggalkan aku,rakan aku dan seorang telefonis kat situ. Kak telefonis tu kuat agama sikit sbb tu kami berkepit dgn dia. Dalam keadaan yg belum reda..rakan aku tiba2 mengeluarkan idea supaya mengambil sekali lagi gambr dalam bilik tu...kot2 benda tu ikut. Mulanya aku keberatan, tapi tengak semangat diorang terus aku ambil hp dia dan mulalah snap2. Lepas ambil aku memang x berani nak tengok dah kihkihkih...terus diberi kepa rakan tetapi ditolak terus kepada akak tadi untuk melihat. Muka akak tadi berubah pucat ... Ya Allah....Ya Allah ....Astagfirullahala'zim..yg ni lagi teruk!, sambil melompat dan mengibas kain..Katanya dekat depan dia. Kami berdua terus menjerit dan memeluk akak berkenaan sambil menangis2 bila melihat aksi dia. Rupanya akak tu lagi penakot kihkihkih..
Rupa-rupanya..kami menjerit kuat hingga mengejutkan rakan lelaki sepejabat yang berada dalam surau lelaki. Terus diorang menerpa pada kami. kami menangis...telefon entah dicampak dimana. TERKIAL2 mencari telefon semula untuk diserah pada geng lelaki supaya diorang dpt tgk. emmmmm....ni bukan ni! Kejap saya nak selidik..kata sorg hero tu. hik :) Selidik punya selidik rupanya camera360 ultimate punya pasal. heeeeeeeeeeeee geramnyaaaaaaaaa....hahahahahaha...
Semua aksi sedih jadi situasi lain plak. Aku dan kawan aku tak dapat menahan ketawa dalam kereta waktu balik sampai la kerumah.hahahahahahaha...kelakar betui tingat aksi akak sorang tu. alaaahaiiii...
Yang aku ada cuma camera360 yg biasa. Aku pon cuba cari camera360 ultimate untuk download..download free je. Langkah download macam ni ye :--
1. Pilih Play Store/ Market untuk download.
2. Pilih yang atas sekali Camera360 Ultimate.
3. Klik download. Mulakan proses download. dan ia akan disimpan secara automatik.
4. Sebelum download tu lihat dulu fungsi2nya.. kalau tak suka tak payah download buat berat hp jew hehe.
5. Selepas download keluarlah menatang ni...yg membuatkan aku dan rakan aku x dapat menahan gelak hingga disil mulut berjumpa doktor mohon mc..hahahahha.
Macam2 fungsinya camera ni..kalau tak cantik pon boleh jdi cantik dgn camera ni tau hikhi..selamat mencuba.
u Hantu!..
Suh..suhh..jauh2!! :D
Suh..suhh..jauh2!! :D
No comments:
Post a Comment