Tidur sangat penting dalam proses tumbesaran seseorang manusia dan membantu kecergasan otak. Namun waktu tidur yang cukup tetapi tidak berkualiti, tidak memberi apa-apa makna. Tiada waktu tidur yang berkualiti mencacatkan kecergasan di waktu pagi. Bagi seorang pelajar, jika tiada tidur yang berkualiti akan menjejaskan memori ketika berhadapan dengan ujian atau peperiksaan. Di sini disediakan beberapa tips bagi mendapatkan waktu tidur yang berkualiti. Moga bermanfaat :)..
1. Cuba untuk tetapkan masa tidur dan bangun dan jadikan tidur satu keutamaan.
- Jadikan kebiasaan masa tidur yang tetap. Contohnya pukul 10 malam perlu masuk tidur dan bangun pukul 6 pagi. Semua itu perlu ditetapkan secara semulajadi di benak fikiran.
2. Jangan habiskan masa tidur lebih dari 8 jam sehari.
- Jam 10 malam hingga 6 pagi, cukup 8 jam. Jika perlu bangun lebih awal, cubalah tidur lebih awal. ( tidal terpakai bagi keluarga yg mempunyai bayi kecil...hihi).
- Bagi muslim, Nabi S.a.w menggalakkan umatnya segera tidur selepas Solat Isyak di awal waktu ( Tidak digalakkan berbual kosong selepas Isyak). Ini membolehkan umatnya melakukan solat malam (Tahajjud) di 1/3 malam.
3. Elakkan kaffein selepas tengahari dan limit kepada 1@2 hidangan sahaja.
- Kaffien sangat baik untuk kesihatan. Namun jika berlebihan turut menbawa kemudaratan. Pastikan kaffein tidak berlebihan. Jika tangan anda mudah mengeletar tanpa sebab eloklah behenti mengambil kaffien terlebih dahulu dan kemudian mula ambil semula dalam kadar yang sederhana 1@2 hidangan sahaja sebelum tengahari.
- Dapatkan nasihat pakar jika gejala tangan mengeletar berterusan.
4. Bersenam setiap hari dan cuba lakukan sekurang-kurangnya 6 jam sebelum masuk waktu tidur.
- Senaman merupakan perkara wajib dalam kehidupan. Senaman setiap hari di galakkan. Namun, jika tiada masa cukuplah sekadar 3 kali seminggu. Tidak kira bagaimana anda melakukannya, diluar atau di dalam rumah cubalah disiplin untuk bersenam 6 jam sebelum waktu tidur tetap anda.
- Maksudnya disini jika anda telah tetapkan waktu tidur pukul 10 malam, jadi cubalah bersenam sebelum jam 5 petang.
5. Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur.
- Ingat! Bilik tidur bukanlah tempat untuk bermain atau makan minum. Pastikan bilik sentiasa bersih supaya tidak mengganggu waktu tidur anda.
6. Elakkan akohol an makanan berat sebelum masuk tidur.
- Disiplinkan diri untuk tidak ambil makanan berat selepas jam 7 malam. Jika lapar juga, minumlah air kosong atau susu panas. Awas jangan minum air berlebihan di malam hari. Cukuplah 1 cawan susu / air kosong. { Tips diet juga sebenarnya :)}
7. Jauhkan alat elektronik dari bilik tidur dan elakkan melihat jam.
- Sudah jadi kebiasaan masyarakat hari ini, menjadikan telefon bimbit sebagai jam loceng serta meletakkannya berhampiran ketika tidur. Melakukannya setiap hari merupakan budaya yang tidak sihat.
8. Pakai pakaian yg selesa, kekalkan suasana bilik yang gelap, sejuk dan senyap.
9. Jika tidak boleh tidur juga, keluar dari bilik dan lakukan aktiviti yang bosan sehingga mengantuk.
- Cthnya: baca buku.
10. Jika ada masalah tidur melebihi 3 hari segera berjumpa pakar kesihatan.
- Bagi muslim cubalah ambil penawar melalui pakar profesional agama. Iktiar lain dengan membaca Quran, ayat Ruqyah atau sebagainya. Jangan lupa jangan merayau waktu2 magrib tau.Basuh kaki sebelum masuk rumah, baca ayat 3 Qul sebelum tidur & ayat kursi dan juga doa tidur. Jangan lupa bismillah tau :).
Note : Kadang-kadang berapa lama kita tidur tak penting, tapi adakah tidur itu berkualiti dan bermanfaat untuk kesihatan dan kehidupan kita. Sebab saya percaya orang berjaya, selalunya waktu tidurnya kurang :D.
Share : Tidur sekejap sebelum masuk waktu zohor atau sesudah zohor dapat menguatkan ingatan. Sekejap je tau :).
"Dear..dear, its all about how you manage your time."
#adaniha #Lamataksharesomething