Assalamualaikum.
Baru-baru ini telah dikongsi rahsia wanita dan empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Tetapi kenapa wanita je? Macam tak adil kan? ngeh...ngeh..ngeh. Jangan risau ada yang cakap kajian telah dibuat mengenai rahsia lelaki ni. Tapi sejauh mana kebenarannya? Allahua'lam. Tak semuanya betul kearan ada unsur-unsur persekitaran lain yang terlibat. Kadang-kadang terfikir, andainya terciptanya manusia terdiri daripada empat unsur tanah, air, api dan angin manakala syaitan hanya diciptakan dari api hanya satu unsur. Betapa hebatnya manusia sebenarnya. Macam mana manusia boleh mudah terjerumus dalam hasutan syaitan yang amat lemah itu? Kuatlah wahai kaum adam dan hawa. Berpeganglah pada yang satu iaitu Allah S.W.T dan kekasihnya Nabi Muhammad S.A.W.
Rahsia lelaki dan 4 unsur :-
No. yang ada ditepi tulisan tanah, air, api dan angin itu adalah kedudukan anda dalam keluarga...dannn...klik je pada pic tu untuk besarkan ye..hehe.
daaaaaaaaaaaaaaaa....sekian.
Penemuan tentang autonomi tubuh
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri dari iaitu tanah, air api dan angin. Keempat-empat unsur itu memberi sifat lembab, sejuk, panas dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat pada alam ini.
IBNU SINA. Abu Ali Al-Husain ibn Abdullah ibn Sina adalah nama lengkap beliau. Dia juga dikenali sebagai "Avicenna" oleh masyarakat barat. Dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980M. Dia adalah seorang cerdik pandai yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu. Dialah pembuat ensiklopedia terkemuka dan pakar dalam bidang kedoktoran, matematik, astronomi. logika, musik dan puisi.
Kitab Remedies For The Heart
Mengandungi sajak-sajak perubatan yang menghuraikan tentang 760 jenis penyakit bersama cara mengubatinya.
Penemuan tentang peredaran darah
Ibnu Sina menemui teori tentang peredaran darah. Dia berkata "Darah mengalir terus menerus dalam satu lingkaran dan tidak pernah berhenti".
Kitab ASY SYIFA' ( 18 jilid )
Di usia 22 tahun beliau menulis kitab Asy Syifa' yang berisi tentang penyembuhan ( The Book of Recovery/ The Book of Remedy. Beliau menulis buku ini seumur hidup. Ketika buku ini selesai beliau meninggal dunia kerana sakit ( Tahun 1037M). Naskah lengkapnya tersimpan di University Oxford, London. Penulisan mengenai sains dan falsafah.
Ilmu-ilmu perubatan beliau menjadi rujukan utama ilmu perubatan masakini sehingga wujudnya andaian-andaian sikap manusia, lelaki mahupun perempuan dengan empat unsur yang dikemukakan beliau iaitu Tanah, Air, Api dan Angin. Andaian yang dapat dilihat adalah seperti berikut :-
Wanita dan kaitannya dengan 4 unsur :-
Sejauh mana kebenaran andaian-andaian ini? Ingat! hanya andaian. Sikap manusia itu boleh berubah-ubah mengikut cara kehidupan semenjak kecil. Cabaran yang dihadapinya, masalah yang dihadapinya dan lain-lain faktor seperti yang dijelaskan Ibnu Sina. Tokoh islam yang berpengaruh dan sangat disegani. Istimewanya beliau adalah, sangat berdisiplin dalam menuntut ilmu dan mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya.
Sekian... :)