1. Always change my privacy
2. Terlalu banyak iklan.
3. Fitnah senang tersebar mungkin akhir zaman.
4. Pengguna lalai dan leka.
5. Pengkongsian gambar-gambar melampaui batas.
6. Ramai pengguna menyamar. Terdedah pada penjenayah siber.
7. Terlalu emosi dengan luahan kata-kata
8. Terlalu banyak jualan.
9. Merosakkan minda remaja.
10. Menimbulkan penyakit hati dan sikap berlumba2/menunjuk2.
Facebook adalah media sosial yang sangat popular di dunia buat masa kini. Kemunculannya yang di kelola oleh golongan muda ini terlalu teruja untuk mewujudkan satu sistem yang pada mulanya untuk berinteraksi sesama sendiri melalui talian internet walaupun dari negara yang jauh.
Dari mula kewujudannya sehingga kini, dapat di lihat pelbagai perubahan telah dilakukan. Ini termasuklah menambah peluang iklan-iklan yang semakin berleluasa. Rakaian ini memberi peluang kepada peniaga untuk menambah pendapatan. Boleh dikatakan media sosial ini lebih mengutamakan keuntungan.
Apabila keuntungan mula diutamakan, hak-hak peribadi pengguna mula diketepikan. Ini menyebabkan timbul perasaan tidak selesa dan tidak selamat.
No Privacy
- Sudah berapa kali pencipta muda facebook itu di kecam oleh pengguna kerana hal begini? Pengguna juga mudah untuk memuatturun apa sahaja tanpa memikirkan apa-apa kesan. Pelbagai aplikasi yang tidak berkaitan mudah masuk ke wall peribadi walau tanpa di minta.
- Situasi mungkin sama apabila kita menonton tv. Apabila terlalu banyak iklan, minat agak terganggu. Perasaan rimas bercampur baur.
- Pelbagai iklan berupa fitnah mudah tersebar. Penulis blog umpamanya yang terlalu taksub dengan wang ringgit, klik sahaja duit masuk ini membuat tajuk-tajuk yang menarik kononnya untuk menarik minat pengguna fb klik iklan mereka. Walaupun itu antara teknik pemasaran melalui internet kadang-kala agak keterlaluan.
Pelayar internet lalai dan leka
- Cuba perhatikan berapa jam yang diambil oleh seseorang untuk logout semula account fb mereka setelah login. Agak sukar bukan? selepas login sahaja seolah-olah ada tarikan graviti membuatkan seseorang itu menunggu lama di hadapan komputer atau telefon bimbit. Keadaan ini agak membimbangkan bagi pelajar-pelajar yang sepatutnya mengulangkaji pelajaran.
Perkongsian gambar-gambar melampai batas
- Medium ini membuatkan sesuatu yang dibawah kawalan yang sepatutnya mudah tersebar. Contohnya gambar lucah dan sebagainya. Hampir semua pelayar internet adalah golongan muda. Ini boleh memberikan satu gambaran yang tidak sihat pada awal usia mereka. Golongan muda adalah golongan yang mempunyai keinginan yang tinggi. Mudah untuk mereka menurut/mencuba sesuatu tanpa memikirkan kesan-kesan positif atau negatif.
Terdedah pada penjenayah siber
- Ada pengguna tidak mewujudkan ID yang betul. Mungkin manusia ini rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Niat pelbagai, memudahkan penjenayah siber mendapatkan maklumat pengguna fb yang lain. Contohnya mengambil gambar untuk tujuan tidak sihat/bomoh. Ataupun mendapatkan maklumat peribadi pengguna fb yang lain untuk kepentingan diri sendiri.
What is on your mind?
- Perkataan ini akan muncul di Wall semua pengguna facebook. Awas " Tiada siapa aibkan diri kita melainkan kita sendiri yang membuka aib tersebut." I always thinking about that, when someone share their mind. For me its simple, tiada siapa tahu kalau kita tak cakap tapi kalau cakap dan fikir pon dah jadi satu doa sebenarnya. Inikan pula jika ditaip dan dibaca oleh orang lain. Bila orang lain fikir negatif, negatif lah jadi doanya. Share sesuatu yang positif sangatlah digalakkan. Kalau share perihal rumah tangga tak sesuai kowt..feewwwww
Gracias, LaVida