Ocean city's


Assalamualaikum,

Tadi dah mengantuk sebenarnya, alih-alih gaduh ngan budak sebelah ni terus x ngantuk plak. Apahal lah tu kan? hehe...

What? Ocean city's? tah lah tetiba nak pakai tajuk ni. Maklumlah hari tu bergambar cantik tepi pantai, tapi kat bandar. Giler lah..mmg superb! My family come to visit my new home and last tak de idea nak bawa diorang pegi mana. Datang jauh2, susah plak nak datang. So mmg kena bawa jenjalan. Apa lgi, fikiran aku terlintas pantai je la.

Ocean City's!




" Paginya aku lihat pantai ini bersih dan airnya biru. Sampai ke petang aku lihat semakin keruh dan kotor. Begitulah sehari-hariannya. Pagi esok akan kembali bersih semula. Begitulah juga manusia, pagi hingga petang tidak terlepas dari melakukan dosa. Antara sedar atau tidak. Allah S.W.T jadikan malam untuk hambanya meratapi dan bertaubat padanya. Moga esok tidak dibelenggu oleh dosa hari ini dan seterusnya.: 
~ Miss_O'

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;"

 ~ Surah Al-Imran, Ayat 190:


(Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 

        "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
~Surah Al-Imran, ayat 191~


Allahua'lam :))

Zoo Taiping & Night Safari


Assalamualaikum,


Alhamdulillah hari ini dpt melawat safari night. Mungkin bagi anda biasa-biasa saja. But in my life, everything very special and important to me. Bimbang jika detik-detik indah tidak kembali lagi.



"What happen tomorrow, we have today."

Mungkin hari ini hari yang akan di kenang sampai bila-bila. Menghargai kehidupan hari ini, mensyukuri nikmat yang maha Esa. First time, maybe can be a last time. Nobody knows..


Alhamdulillah, banyak binatang yang aktif di waktu malam. Jalan-jalan sambil ambil angin malam, tanpa terik matahari sesuatu yang dah lama aku tinggalkan. Cewahhh...macam la kaki jalan malam. Kebetulan malam ni ada rombongan, so aku tak lepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam malam ni.

Jauh benar dari apa yang aku fikir selama ini. 

"Binatang tidur la waktu malam!"

Hari ini sangkaan ku jauh meleset sama sekali. Itu hanya andaian melalui fikiran yg waras. Belum tentu dapat memberi jawapan yang pasti. Andaian + hasutan mungkin akan jadi lebih parah kan? Fikir-fikirkan. Free your mind~~pejam mata...bisikkan

"la ila hailla anta, subhanakainni, kuntuminaz zo limin"


Ampunkan dosaku, Ya Allah sesungguhnya aku tergolong dalam golongan org2 yang zalim.Tiada siapa dapat ampunkan dosaku melainkan Engkau.

Kajian oleh pihak Zoo Taiping tentulah dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan di buat. Pengalaman saya sendiri, bila pergi waktu siang. Binatang lebih bnyak tidur, sebab kebanyakkannya aktif pada waktu malam. Terutamanya binatang jenis pemburu yg memburu pada waktu malam.

~ Sory, no pic to share coz malam! hehe



Peristiwa ngeri!!

Balik dari Safari night, aku dan kawan aku ni berjalan beriringan ke bilik. Sebelum sampai bilik, ada seorang lelaki sedang bersembang dengan seorang perempuan yang sedang iron baju. Hai...maklumlah iron kat luar bilik sekarang ni. Punya la lama diorang sembang, jarak jauh gak la..selang 2 bilik. Mungkin tengah ngorat kowt. So, x amik port sgt lah.

Habis saja si perempuan iron baju, dia pun masuk ke bilik. Tapi si jejaka ni belum berganjak. Tiba lah pula membe aku ni nak gi iron baju. Rupa-rupanya dok jual minyak, yang nu x dapt yang ni pulak. Katanya x pandai iron baju. Dia minta lah membe ni tlg iron kan...konon.

Tapi, membe ni layan x layan je lah. Ckp pon terpaksa, sbb mmg kena iron baju gak. Esok kelas bermula. Selesai iron baju membe ni pon masuk dalam bilik. Tup...tupp..dia call, dia amik no bilik dan call. Mula-mula x nak angkat, sbb tak fikir membe bilik lain akan call. Sebab bunyi yg agak lama, diangkatnya juga ganggang telefon tadi. 


"Nak tido dah ke?" tanya si jejaka.


"Ha..ah, nak tido." Pap...ganggang di hempas oleh membe.


Selepas tu turn aku plak nak klr iron. Tapi niat dibatalkan, di tunda ke esok pagi. Mujur x ramai iron baju pagi tu. Memang tak klr la aku kalau dengar kes lelaki gatal dekat hotel ni.

Hati-hati lah ye. Bagi yg tinggal di hotel area taiping ni. Peristiwa ni berlaku di hotel baru tau.


Esoknya, bila tanya membe lain yg tinggal sebelah bilik dia. Membe tu terdengar bunyi pintu tutup dan dibuka berkali-kali..kadang-kala dihempasnya pintu. I think this man mental.



Much love-Miss_O

Miss_O


Miss_O' or maybe Miss Zero. Its me coz i always stat from zero. Semua orang juga mula dari kosong kan? 

" Life like a baby, when they learn to walk. Down and up again...and again" 

So, kosong....kosong and stat over again. haha! merapu je sebenarnya. Sometimes otak ni merapu but bila fikir balik ada maksud tertentu. Sentiasa membuatkan kita berfikir semula bila keluar perkataan tak di duga.

Mula-mula kosong, tapi harap makin lama makin berisi lah kan. Gud luck to all, what ever u did. Seriusly Miss_O', memang tengah zero sekarang ni. Ada terfikir bila langkah ini akan terhenti? Selagi ada ilmu yang ingin di kongsi selagi itulah ruangan ini akan terisi. Tak mungkin aku behenti tanpa sebab yang pasti. Hidupku hanya pinjaman untuk hari ini, esok sudah tentu belum pasti.

Aku memang pandai nasihat orang, tapi diri sendiri, sapa nk nasihatkan? Harap tulisan dpt membantu...haha..Psikologi tahap dewa..just maybe.

Sayangnya dalam hidup ni, kita nak sangat orang memahami kita. Tapi kita tak pernah untuk memahami orang disekeliling kita.





Much Love ~~~Miss_O'

Semesta pertama PJJ USM (Part 2)



Help your self to learn more about, how to use Internet? Zaman sekarang penggunaan internet menjadi satu keperluan. Terutamanya dalam pembelajaran secara PJJ. Pengalaman saya, pelajar PJJ terdiri daripada golongan yang telah berumur. Maafkan saya, termasuklah saya. Its true and don't shy to agree about that. Just try to be open minded person..hahaha, tak rugi pon sebenarnya. Zaman saya sekolah dulu pelajar belum didedahkan dengan kemudahan komputer sepenuhnya. Sekadar cikgu dan kerani sekolah yang pakar. Baru berjinak-jinak menaip lirik lagu guna word pad masa tu.



"Don't shy to ask"



I stat from zero about computer. The best is i learn by my self. In learning don't shy to ask. I try first, when i do wrong and connot find the answer i ask somebody to help me. Even my enemy...they help me so much. Thanks so much to them. Without them i'm nothing. *( banyak benor enemy bunyinya tu kan?)...haha. Enemy is my self. Flight shy attitude in wrong place. And the best part is, without Allah S.W.T i'm nothing. Allah S.W.T lah yang memberi aku kekuatan selama ini. Syukur alhamdulillah!


Elearning PJJ USM

Pelajar PJJ akan didedahkan dengan pembelajaran secara atas talian melalui elearning dan campus online. Melalui elearning semua modul pembelajaran disediakan samaada melalui video dan modul-modul tambahan, latihan, tugasan dan sebagainya. Pelajar juga boleh berinteraksi dengan pelajar lain dan pensyarah secara dalam talian melalui forum yang disediakan dalam subjek yang berkenaan.

Info terkini juga disampaikan melalui elearning kepada pelajar. Pelajar seharusnya tidak ketinggalan untuk menggunakan kemudahan berkenaan.





Campus online PJJ USM

Campus online menyenaraikan profile lengkap peribadi seseorang pelajar PJJ. Tiada perubahan boleh dilakukan melainkan permohonan secara bertulis atau mengisi borang yang telah disediakan. Baru-baru ini disebabkan berpindah rumah, alamat semasa perlu diperbaharui segera. Tindakan yang perlu saya lakukan adalah mengisi borang pertukaran alamat yang telah disediakan di elearning. Selepas isi dan tandatangan borang berkenaan saya scan dan hantar secara email. Cukup mudah dan tak perlu ke pusat PJJ yang terdapat di USM. Selepas saya semak semula compus online. alamat telah pon di tukar. Tq, pengurusan Pusat PJJ USM :D

Email perlulah menggunakan email yang pihak USM sediakan untuk pelajar. Menggunakan email pelajar tersebut, sekurang-kurangnya membuktikan kita sebagai pelajar USM dan tidak perlu menggunakan email personal.



Email rasmi student USM

Penggunaan email rasmi sebagai student sangat kurang. Mungkin disebabkan perkara itu, tahun ini pengurusan PJJ usm telah menukar cara masuk / log in ke elearning dan campus online menggunakan alamat email berbanding no.ic yang lebih mudah sebelum ini. Perubahan ini juga boleh mengurangkan pelajar yang sering lupa alamat dan kata laluan email tersebut. Maklumat cepat boleh juga diperolehi melalui email berbanding elearning. Oleh sebab itu penggunaan email perlu lah dibiasakan. Jika lupa boleh ikut panduan ini....

Panduan lupa password dan email USM PJJ :

Pasword : Id*6angkabelakangnoic#

*Nota : pastikan Id = I Huruf besar.







Semoga berjaya....
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks