Kadang kala kita lupa pada tanggungjawab sebagai waris kepada si mati. Adakah si mati akan pergi dengan sia-sia atau sebaliknya bergantung pada sikap si waris. Sebelum ajal tiba si mati tentu ingin menyampaikan hasrat terakhirnya. Tetapi ajal menjemput secara tiba-tiba tanpa diketahui, kerana semua ditentukan oleh yang Maha Esa.
AL - FATIHAH
Suasana malam yang sepi, bertemankan bunyi kipas di sisi mengingatkan aku pada seseorang. Dia, tanpa dia aku tidak akan lahir ke dunia ni. Aku lahir dengan kasih sayangnya. Sekilas dengan itu aku menadah tangan pada yang maha esa. Dia yang lebih mengetahui (Al A'llim) apa yang ada di dalam benak hati ku kini.
“Ya Allah, engkau ampunkan dosa-dosa arwah abahku, Ya Allah, engkau tempatkanlah arwah abah di dalam golongan orang-orang yang beriman. Engkau lapangkanlah kubur arwah abahku. Engkau permudahkanlah segala urusannya di sana, ya rab....Amin Ya Rab bal a'lamin. Kasihilah dia sebagaimana dia mengasihiku semasa aaku kecil. Sesungguhnya engkau lagi Maha Pengasih dan Penyayang.
Al-Fatihah...."
Setiap kali selesai berdoa, aku akan sudahi dengan Al-Fatihah. Begitu juga aku doakan kesihatan ibunda yang tercinta. Aku jauh darinya kerana tugas. Aku percaya Allah S.W.T sentiasa dekat dengannya dan Allah S.W.T lah yang menjaganya siang dan malam.
Dalam sehari kita sembahyang lima waktu, waktu subuh 2 rakaat, waktu zohor 4 rakaat, waktu asar 4 rakaat, waktu magrib 3 rakaat dan waktu isyak 4 rakaat. Maknanya 17 kali sehari kita membaca Al-Fatihah, 119 kali seminggu, 595 kali sebulan dan lebih kurang 7140 kali setahun (kiraan secara rawak), itu yang wajib dan tak termasuk lagi solat-solat sunat yang dilakukan serta ketika membaca Al- Qur'an.
Surah al-Fatihah semulia-mulia ayat Al-Qur'an, ( Hadith Sahih ) yang bermaksud :-
Daripada Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw dalam perjalanan. Apabila Rasulullah saw turun, seorang lelaki pon turut turun dan duduk di sisi baginda. Nabi saw pon menoleh ke arah lelaki tersebut dan berkata kepadanya: "Mahukah aku khabarkan kepadamu sebaik-baik ayat al-Qur'an?". Nabi pun membaca surah al-Fatihah kepada lelaki tersebut.
Al- Fatihah juga surah yang tidak pernah diturunkan dalam kitab Taurat, Injil dan Zabur serta jampi yang menyembuhkan daripada sebarang penyakit ( dengan izin Allah S.W.T )
Aku teringat akan cerita seorang sahabat, bahawa rakannya yang bertugas di Johor mendapat berita bapanya sakit di Perlis. Sepanjang perjalanan dari Johor ke Perlis ( Selatan-Utara ), beliau tidak putus-putus berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada bapa kesayangannya. Sampai sahaja di Perlis, beliau sangat gembira apabila mendapati bapanya sihat seperti sediakala. Tetapi yang peliknya kakaknya beritahu bapa tak lalu makan. Bila kakak melihat bapa dah mula bangun dan memintanya supaya makan. Bapa beritahu:
"Tak apalah aku dah kenyang, anak aku dah bagi makan tadi."
Padahal si kakak mengetahui bapa belum menjamah sikitpun makanan yang disediakannya. Rupa-rupanya doa dan bacaan Al-Fatihah dari anak kesayangannya yang sedang bermusafir itulah membantu bapa untuk sembuh dengan izin Allah SWT. Sungguh doa orang-orang musafir mudah diperkenankan Allah swt dengan kelebihan surah al-Fatihah itu sendiri. ( Allahua'lam)
“MEMBACANYA DAPAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT DENGAN IZIN ALLAH S.W.T”