Assalamulaikum,
Satu hari tu aku x sengaja ke kedai buku Popular, pada mulanya x terniat nak beli Novel pon. Bajetlah katakan hehehe..Lepas ke hulu ke hilir dalam bookstore tu mata tetap terpaut pada muka depan buku AvelynRose...simple,xmcm novel lain. Lepas baca sipnosis, aku pon teruslah beli sebab dah tertaut dengan jalan ceritanya. Nak kata kaki novel,xlah jugak hehe.
Khabarnya Novel Karya Seni ini akan diadaptasikan ke bentuk Drama untuk tontonan....wahhh...bestnya!! x sabar nak tunggu dalam kaca TV di TV3 Akasia!! Dalam bulan Disember 2013 ..... dengan Tajuk Drama- ARIANA ROSE-
JOM tengok barisan pelakonnya nanti...jeng...jeng...jeng
Bagi aku, Fatiya memang ada kebolehan untuk menjadi Ariana Rose. Sebab aku, memang meminati lakonan Fatiya sejak dia muncul bersama Aaron Aziz dalam drama Stanza Cinta .
Pelik beb!, sebab aku tak pernah meminati pelakon wanita lain sebelum ni, selain Anjelina Jolie, Scarlet Ortiz & Aiswarya Rai..kihkihkih. Tapi kalau Keith Foo sebagai hero?? xtahu lah sebab keith foo pon baru dalam industri ni kan. Aku plak tak pernah tengok Keith Foo berlakon sebelum ni.
Kalaulah Aaron Aziz yang jadi Tengku Adam Kamil kan best!!! hehe..mesti meletop!!! Tapi nanti nampak macam bayangan Stanza Cinta la pulak nanti kan..hahahaha...pendapat peribadi je ok. Jangan nak emo2 lak... Kita tunggu je Keith Foo punya lakonan baru komen k..hehe.. Apa2 pon gud luck to all of u..support industri tanahair. ..
SIPNOSIS :
"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian.Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar..." - ARIANA ROSE
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah,reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira,dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu banyak perkara yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.