5 Website/ Tools berkesan untuk pelajar PPJJ

Assalamualaikum,

Hello!,

Marhaba!

Anneyong!


Sebagai pelajar jarak jauh ( PJJ ) apakah aplikasi yang sering anda gunakan untuk memudahkan tugas? Perkembangan teknologi semakin memudahkan pelajar untuk mendapatkan maklumat serta menyimpan maklumat. Namun tools yang sesuai lebih memudahkan lagi pelajar untuk menyiapkan tugasan.

Antara 5 tools online yang sering digunakan adalah :-


1. Evernote Web


Boleh daftar secara percuma dengan menggunakan email. Web ini disediakan secara online, jadi mudah untuk pelajar menyimpan nota-nota yang berkaitan tugasan disini. Tidak perlu bimbang lagi pendrive hilang, komputer rosak dan sebagainya. Setiap nota yang dimasukkan akan disimpan secara automatik. Rujukan/ semakan tugasan boleh dilakukan dimana-mana sahaja yang mempunyai talian internet.



2. MindMaple LITE



Dengan mind maple lite, anda dapat membuat ringkasan nota seperti yang dilakukan seperti dibuku nota secara manual. Tidak perlu lagi pen bewarna warni. Semua telah dicipta untuk anda disini. Software boleh di muat turun secara percuma di web ini. Tidak perlukan talian internet untuk menggunakannya. Nota boleh disimpan dalam bentuk gambarajah dalam telefon mudah alih anda.


3. Plagscan.com



Plagscan membantu saya dalam semakan tugasan. Supaya tiada tugasan yang diambil dari internet sepenuhnya. Semua tahu, tugasan yang dicopy paste melalui internet tidak akan diterima. Itu salah satunya punca markah tugasan menjadi rendah. Buat lah tugasan setebal mana pon, jika dicopy paste melalui internet dan dihantar pasti akan menghampakan anda, jika tidak menggunakan tools online semak tugasan seperti ini. Tools ini disediakan secara online dan sangat limit kepada 300kb, 1000 patah perkataan untuk sekali semak. Tools ini memerlukan talian internet sepenuhnya. Tapi tidak digalakkan sebab  menurut Pensyarah tool inilah yang akan menyebabkan tugasan kita dikategori sebagai plagiat. Maafkan saya...Jadi buatlah tugasan secara jujur, cara penulisan anda sendiri.

4. Online Word


Use online word to save APA style format for your report. It's so easy to learn APA style but student struggle and weak about it. Many student proposal rejected because of APA style format. Listen carefully what your lecturer need. Don't forget follow the lecturer rule. A lot format I can get from online word. Looking for latest Resume format also easy when you know how to use it. Especially when you find new job. Some people not to share this. So you need to learn hard right.

5. Grammarly



Not everyone good in English. Especially, grammar when writing part. For English subject you can use this tool to make your writing superb and you can proud on yourself. Good luck all PJJ Student. Don't give up.


Mungkin juga terdapat web lain yang anda gunakan semasa anda menyiapkan tugasan yang lebih baik dari ini? Bolehlah dikongsi bersama...

Sekian...





10 Tips tidur yang berkualiti

Tidur sangat penting dalam proses tumbesaran seseorang manusia dan membantu kecergasan otak. Namun waktu tidur yang cukup tetapi tidak berkualiti, tidak memberi apa-apa makna. Tiada waktu tidur yang berkualiti mencacatkan kecergasan di waktu pagi. Bagi seorang pelajar, jika tiada tidur yang berkualiti akan menjejaskan memori ketika berhadapan dengan ujian atau peperiksaan. Di sini disediakan beberapa tips bagi mendapatkan waktu tidur yang berkualiti. Moga bermanfaat :)..


1. Cuba untuk tetapkan masa tidur dan bangun dan jadikan tidur satu keutamaan.
  • Jadikan kebiasaan masa tidur yang tetap.  Contohnya pukul 10 malam perlu masuk tidur dan bangun pukul 6 pagi. Semua itu perlu ditetapkan secara semulajadi di benak fikiran.


2. Jangan habiskan masa tidur lebih dari 8 jam  sehari.

  • Jam 10 malam hingga 6 pagi,  cukup 8 jam.  Jika perlu bangun lebih awal,  cubalah tidur lebih awal. ( tidal terpakai bagi keluarga yg mempunyai bayi kecil...hihi).
  • Bagi muslim, Nabi S.a.w menggalakkan umatnya segera tidur selepas Solat Isyak di awal waktu ( Tidak digalakkan berbual kosong selepas Isyak). Ini membolehkan umatnya melakukan solat malam (Tahajjud) di 1/3 malam.

3. Elakkan kaffein selepas tengahari dan limit kepada 1@2 hidangan sahaja.

  • Kaffien sangat baik untuk kesihatan. Namun jika berlebihan turut menbawa kemudaratan. Pastikan kaffein tidak berlebihan.  Jika tangan anda mudah mengeletar tanpa sebab eloklah behenti mengambil kaffien terlebih dahulu dan kemudian mula ambil semula dalam kadar yang sederhana 1@2 hidangan sahaja sebelum tengahari.
  • Dapatkan nasihat pakar jika gejala tangan mengeletar berterusan.

4. Bersenam setiap hari dan cuba lakukan sekurang-kurangnya 6 jam sebelum masuk waktu tidur.
  • Senaman merupakan perkara wajib dalam kehidupan. Senaman setiap hari di galakkan. Namun, jika tiada masa cukuplah sekadar 3 kali seminggu. Tidak kira bagaimana anda melakukannya, diluar atau di dalam rumah cubalah disiplin untuk bersenam 6 jam sebelum waktu tidur tetap anda.
  • Maksudnya disini jika anda telah tetapkan waktu tidur pukul 10 malam, jadi cubalah bersenam sebelum jam 5 petang.

5. Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur. 
  • Ingat!  Bilik tidur bukanlah tempat untuk bermain atau makan minum. Pastikan bilik sentiasa bersih supaya tidak mengganggu waktu tidur anda.

6. Elakkan akohol an makanan berat sebelum masuk tidur.
  • Disiplinkan diri untuk tidak ambil makanan berat selepas jam 7 malam. Jika lapar juga,  minumlah air kosong atau susu panas. Awas jangan minum air berlebihan di malam hari. Cukuplah 1 cawan susu / air kosong. { Tips diet juga sebenarnya :)}

7. Jauhkan alat elektronik dari bilik tidur dan elakkan melihat jam.
  • Sudah jadi kebiasaan masyarakat hari ini, menjadikan telefon bimbit sebagai jam loceng serta meletakkannya berhampiran ketika tidur. Melakukannya setiap hari merupakan budaya yang tidak sihat.  

8. Pakai pakaian yg selesa, kekalkan suasana bilik yang gelap, sejuk dan senyap.

9. Jika tidak boleh tidur juga, keluar dari bilik dan lakukan aktiviti yang bosan sehingga mengantuk. 
  • Cthnya: baca buku.


10. Jika ada masalah tidur melebihi 3 hari segera berjumpa pakar kesihatan.
  • Bagi muslim cubalah ambil penawar melalui pakar profesional agama. Iktiar lain dengan membaca Quran, ayat Ruqyah atau sebagainya. Jangan lupa jangan merayau waktu2 magrib tau.Basuh kaki sebelum masuk rumah, baca ayat 3 Qul sebelum tidur & ayat kursi dan juga doa tidur. Jangan lupa bismillah tau :).
Note : Kadang-kadang berapa lama kita tidur tak penting, tapi adakah tidur itu berkualiti dan bermanfaat untuk kesihatan dan kehidupan kita. Sebab saya percaya orang berjaya, selalunya waktu tidurnya kurang :D.

Share : Tidur sekejap sebelum masuk waktu zohor atau sesudah zohor dapat menguatkan ingatan. Sekejap je tau :).

"Dear..dear, its all about how you manage your time."



#adaniha #Lamataksharesomething

Nanti kah?

Bila bercakap soal hati,
Kau pon tahu hati aku tak sekuat kau,
Bila bercakap soal harta,
Kau pon tahu aku tak sekaya kau,
Bila bercakap soal jodoh,
Kau pun tahu jodoh kau dekat, aku mungkin jauh.
Bila bercakap soal mati,
Kau pon tahu semua kita tak tahu.
Apa guna nanti..nanti..nanti lagi?

Lahir aku bukan untuk berpujangga,
Malah bukan untuk di puja,
Kau tetap kau,
Aku tetap aku,
Di kubur juga kau,
Di kubur tetap aku,
Apa beza kau dan aku?
Syurga kah kau,
Syurga kah aku.

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks